Monday, January 16, 2012

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang
Pusat Aktiviti IKRAM SPU, Sg Dua
15 Januari 2012
"Apa Erti Saya Menganut Islam"

Pertama sekali, dipanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi diatas keberkatannya di dalam menjayakan program julung kali daurah remaja untuk tahun 2012. Program ini merupakan program sulung 2012 IKRAMTeens Penang dalam menyantuni remaja-remaja khususnya di Pulau Pinang. Program ini dirangka khusus daripada bahagian tarbiyah (Pengkaderan) IKRAMTeens Pulau Pinang di dalam aspek pentarbiyahan remaja. Program-program daurah remaja akan dirangka pada setiap bulan dan aktiviti-aktiviti di dalamnya sesuai bagi peringkat remaja.

Apa Erti Saya Menganut Islam merupakan tajuk untuk daurah remaja bagi memberi pemahaman kepada remaja dalam menganuti Islam yang sebenar. Alhamdulillah penyampainya Ustaz Khairul membentangkan tajuk ini dalam bentuk yang santai. program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Seramai 43 orang peserta terdiri daripada 16 lelaki dan 27 perempuan (target asal 40 orang) mengikut daurah ini dan seramai 30 orang ahli baru berdaftar sebagai ahli IKRAMTeens Pulau Pinang. Berikut antara gambar-gambar semasa program Daurah Remaja IKRAMTeens:















Sunday, January 8, 2012

Rehlah Fasilitator KBM Penang

Rehlah Fasilitator KBM Penang
Tema : "Ukhuwah Pengikat Silaturahim"
Ahad 8 Januari 2012
Hutan Lipur Sg Tukun, Taman Negara Pulau Pinang
Peserta : Pengerak KBM Penang & Fasilitator (USM,IPGM Kampus PP, UiTM PP, German Malaysian Institute)

Alhamdulillah, selesai sudah program kursus yang dirangka untuk merapakan ukhuwah di antara pengerak kbm dengan fasilitator-fasilitator yang merupakan tulang belakang pengerak KBM di Pulau Pinang. Program ini dihadiri seramai 40 orang ikhwah/akhwat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, juga kehadiran istimewa Ustaz Syazalie Herman bersama zaujahnya. Program bermula pada pukul 10.45 pagi di mana semua peserta berkumpul di tempat letak kereta Taman Negara. Walaupun terpaksa hiking selama 15 minit sambil membawa peralatan rehlah untuk sampai ke Hutan Lipur Sg Tukun, namun kerjasama yang mantap menjadikan perjalanan mudah dan lancar. Sampai sahaja di tapak rehlah, sesi taklimat disampaikan oleh abg long (Akhi Shahidan). Tugasan dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana ikhwah menyediakan bbq ayam manakala kump akhwat menyediakan nasi dan juga menu tomyam. Tazkirah istimewa tentang ukhuwah disampaikan oleh Ust Syazalie. Program berakhir pada pukul 3.50 petang. Antara gambar-gambar sesama rehlah :