Wednesday, April 3, 2013

Kem Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang "Kem Super Sayya!"




PROGRAM REMAJA SUPER SAYYA

Nama program : Super Sayya!
Tarikh : 28-29 Mac 2013
Tempat :Masjid Al-Mukhtar,Daerah Barat Daya
Bil.Peserta: 48 Peserta
                   (19 Lelaki, 29 Perempuan)
                   
28 Mac 2013
Seperti yang termaktub dalam tentatif program, alhamdulillah,segala pujian kepada-Nya Yang Maha Esa, program berjalan dengan lancar.

PAGI
Pada jam 8.30 pagi para peserta melaporkan diri di kaunter pendaftaran.Alhamdulillah,bilangan peserta hampir mencapai target maksimum iaitu 48 peserta.Selepas pendaftaran,para peserta diberi sarapan Nasi Lemak yang amat sedaap..! Yummy.Tepat jam 9.30 pagi,Abang Ard mulakan taaruf dan perkenalkan siapakah IKRAMTeens? dan membuat ujian kepekaan peserta supaya dapat memberikan fokus 100% sepanjang program.Para fasilitator juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan diri masing-masing yang sangat bersemangat untuk membantu adik-adik peserta Super Sayya untuk menjayakan program ini.
Seterusnya,kami terus mulakan slot pertama Pecahkan Ais!.Slot ini merupakan slot taaruf bersama para peserta supaya peserta selesa dan dapat berkenal-kenalan sesame peserta.Setiap kumpulan diberikan segulung benang.Benang perlu digulung seorang demi seorang sambil bertaaruf dengan ahli kumpulan masing-masing.Selesai slot taaruf,para fasi mengajarkan lagu tema untuk Progam Super Sayya iaitu Hai Sahabat(izzatul islam) serta pergerakan animasi lagu tersebut.Para peserta amat bersemangat untuk menyanyikan lagu tersebut serta menganimasikan lagu Hai Sahabat.Lagu tema ini perlu dinyanyikan sebelum slot bermula sepanjang program.


Kami teruskan dengan slot Indahnya DhuhaMu.Dalam slot ini peserta diberikan rehat selama 15 minit dan perlu melakukan solat Dhuha.Program diserikan lagi dengan slot team building yang dikendalikan oleh abang Harith dan abang chik.Dalam slot ini, kami berikan satu biji roti dan peserta perlu makan dan share bersama agar semua peserta dapat merasakan roti itu walaupun kuantiti roti hanya sedikit.Objektif dari game ini ialah ingin memupuk rasa kasih sayang sesama rakan-rakan dan membina ukhuwah bersama kawan-kawan walaupun tidak pernah kenal.Selain itu,setiap kumpulan diberikan satu kertas mahjong dan satu botol air.Setiap kumpulan perlu menaikkan botol air menggunakan kertas mahjong dalam keadaan yang terbentang.Perkara yang sama dilakukan semula tetapi dengan membuka penutup botol agar lebih mencabar.Setelah selesai,peserta diminta berkongsi ibrah yang mereka dapat dari game yang dilakukan.tepat jam 1 tengahari,peserta dan fasi diberikan masa ISOMA(istirehat,solat,makan).

PETANG

Slot petang disambung pada jam 2.30 petang dengan slot yang disampaikan oleh Ustazah Najihah(smka al-irshad) mengenai slot ikhtilat.Slot ini merupakan slot ceramah.peserta perlu mendengar dan bertanya soalan jika tidak faham.Bahan-bahan mengenai Al-Ikhtilat disediakan oleh Ustaz Alias Othman.
Pada jam 4.30 petang,peserta diberikan masa untuk rehat dan bersiap diri untuk solat Asar.Seusai solat Asar,peserta dan fasi membaca Al-Mathurat beramai-ramai.Seterusnya slot Kami remaja Qawiy diadakan.Slot ini merupakan slot riadah.Peserta lelaki jalankan riadah dalam dewan manakala peseta perempuan adakan di padang masjid.Slot ini dikendalikan oleh fasilitator sendiri.Peserta perempuan jalankan senaman dan game di padang masjid.Peserta lelaki pula melakukan Senaman RJ(Ruhul Jadid) yang sangat –sangat memenatkan tetapi mantap..Biasalah,barulah boleh jadi remaja Qawiy!! Hampir 30-40 minit senaman berlansung.Semua peserta amat tertarik dengan senaman RJ.moga benar-benar menjadi remaja yang Qawiy.Sesudah itu,peserta lelaki bermain satu game yang diberi nama “Selimut”.Game ini bertujuan untuk memastikan sama ada peserta sudah mengenali sahabat-sahabat baru mereka atau belum.Mereka perlu menyebut nama/sekolah sahabat-sahabat mereka. Permainan tamat pada jam 6.30 petang dan peserta diberi masa untuk ISOMA.


MALAM

Aktitviti pada waktu malam bermula selepas solat Maghrib secara jemaah iaitu tadarus Al-quran sehingga solat Isyak. Slot malam bemula pada jam 9.30 malam yang dikendalikan oleh Abang Naim mengenai cirri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.tujuan slot ini dipilih agar dapat memupuk serta menanam cirri-ciri kepimpinan dalam diri setiap peserta agar mereka dapat memimpin diri dan rakan mereka apabila balik ke sekolah masing-masing nanti. Seterusnya,slot disambung oleh abang chik iaitu slot “andai ku tahu!”.Dalam slot ini,abang chik menekankan 3 point utama iaitu Detik kematian,gambaran balasan neraka dan tuntutan taubat.slot diakhiri dengan beristighfar dan berdoa beramai-ramai.Tepat jam 11.30 malam,peserta membaca surah Al-mulk beramai-ramai dan diberi ruang untuk rehat dan malam.Para peserta bereda ke bilik tidur.




29 Mac 2013
Pagi

Sauh diangkat pada jam 4.30 pagi.Para peserta bersiap untuk Qiamulail secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Manis.Jam 5 pagi Qiamulail dimulakan.Didahului dengan Solat Tahajjud,Solat Taubat,solat Hajat dan diakhiri dengan solat Witir.Sesudah itu,Solat Subuh secara berjemaah.Diteruskan lagi dengan kuliah Subuh “Menuju Syurga” oleh ustaz Manis.
15 minit selepas itu,para fasilitator meneruskan dengan Tadabbur Al-Quran sesetengah ayat surah Al-Fajr dan perbincangan mengenai Al-Ikhtilat.
Program diteruskan dengan senaman Tai Chi di dalam dewan.Senaman yang ringkas tapi amat baik jika selalu diamalkan.memang Ohsem lah.Senaman sehingga jam 8.30 pagi.Kemudian,peserta diberi ISOMA sehingga jam 9 pagi.



Sebelum slot bermula,peserta diminta untuk menyanyikan lagu tema dengan bersemangat untuk kerana slot seterusnya perlu semangat pemuda yang berkobar-kobar kerana cita-cita kita untuk membebaskan Al-Aqsa.Slot akhir ini ialah slot istimewa iaitu Palestin:Kemenangan semakin Hampir yang disampaikan oleh seorang anak muda berusia 18 tahun,Ibrahim Adham Mohd Khalil yang merupakan juga graduan Madrasatul Hayah Ikram(MHI 12/13) yang telah ke Gaza bersama Aqsa Syarif misi AQSA2GAZA13 ER.Saudara Ibrahim sangat bersemangat untuk memberi perkongsian dan sanggup berkorban masa untuk datang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.Dalam slot ini,saudara Ibrahim berikan pengisian mengenai isu Palestin dan beri perkongsian mengenai misi AQSA2GAZA13.Selain itu,saudara Ibrahim menekankan kepentingan Boikot product yang menyumbang kepada Israel terutamanya McD,Nestle,Loreal dan Coca-Cola.

Setelah selesai semua slot,kesimpulan daripada slot-slot dan program Super Sayya diberikan oleh abang Zul dan Abang Chik(Muhammad Ammar) selaku pengarah program Super Sayya juga memberi sedikit ucapan kepada peserta dan memohon maaf jika terdapat kekurangan sepanjang program dijalankan.Seterusnya,majlis penutup diadakan sebelum program tamat.Perasmian penutup dilakukan oleh kak Latifah Bee(kak Lat) selaku Jk IkramTeens Pulau Pinang dan memberi hadiah kepada semua kumpulan kerana memenagi anugerah kumpulan paling ceria,bersemangat,kebersihan,aktif,terbaik dan sporting.Dalam ucapannya,beliau berharap agar semua peserta dapat aplikasikan ilmu yang dapat dari program ini dan seru kepada peserta agar menjadi ahli kelab remaja IKRAMTeens dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh IKRAMTeens Pulau Pinang. Sebelum bersurai,peserta dan fasi berkemas barang dan bergotong-royong membersihkan tempat yang telah diguna.