Sunday, December 22, 2013

Kem Perkhemahan FaceTheBook

Kem Perkhemahan FaceTheBook IKRAMTeens
13 - 15 Disember 2013
Taman Rimba, Teluk Bahang
Peserta 42 orang


Syukur alhamdulillah ke atas Ilahi dengan segala keberkatan dariNya, program Kem FaceTheBook berjalan dengan cukup lancar dan cuaca cukup baik sepanjang tiga (3) hari perkhemahan walaupun berada di musim hujan. Program perkhemahan ini merupakan program tahunan yang dirancang oleh IKRAMTeens Pulau Pinang untuk remaja-remaja di Pulau Pinang.

FaceTheBook merupakan tema bagi perkhemahan remaja tahun ini. Modul perkhemahan ini dibentuk dengan menitik beratkan pengisian mengenai al quran. Objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan remaja dengan al quran, mencintainya dan mengamalkannya.