Friday, November 21, 2014

TEENS' DAY OUT

TEENS' DAY OUT


Tentatif Program:

Remaja Lelaki 

06.00 am : Solat Subuh berjemaah 
06.00 am : Tazkirah
07.00 am : Pendaftaran dan Sarapan 
07.45 am : Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau dan Perasmian oleh YDP IKRAM SPS 
08.00 am : Sesi Pemanasan dan Peregangan badan bahagian kumpulan & Ice Breaking 
08.30 am : Pertanding Pertandingan Futsal 
11.30 am : Pertandingan akhir 
12.00 pm : Penyampaian Hadiah oleh Pengerusi Surau Raudhatul Ilmi       
12.15 pm : Sesi Perkongsian & Muhasabah
12.30 pm : Bersurai

Remaja Perempuan

02.30 am : Pendaftaran 
02.45 am : Pembahagian kumpulan
03.00 am : Pertandingan Baking With Love
04.30 am : Rehat & Solat
05.00 am : Demo Cake
05.30 am :  Pengisian dan penyampaian hadiah oleh JK Wanita Surau Raudhatul Ilmi 
06.00 pm : Bersurai  



Thursday, November 6, 2014

Seminar Pecutan Akhir

Pada 28 September 2014 yang lalu, IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan satu seminar dengan tajuk "pecutan akhir". Seminar ini telah diadakan di Pejabat Hidayah Centre Pulau Pinang, dengan kehadiran seramai 15 orang peserta. Seminar ini memfokuskan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014. IKRAMTeens telah menjemput Dr Aidi Ahmad, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia di dalam bidang farmasi, untuk memberikan input-input menarik dan tips-tips belajar agar perjalanan dan persiapan mereka untuk menghadapi SPM yang bakal menjelang tiba.


Ramadan Cheq Mai... Daerah Seberang Perai Tengah(SPT)

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, thumma alhamdulillah, pada 28 Jun 2014, satu program yang diberi nama Ramadan, Tunggu Cheq Mai telah berlangsung. program ini adalah anjuran IKRAMTeens Daerah Seberang Perai Tengah(SPT) bersama IKRAMTeens Pulau Pinang. Seramai 15 orang peserta telah mendaftar dan menghadirkan diri. program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahhari. program ini berbentuk explorace, di mana setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terdapat tugasan-tugasan tertentu di setiap checkpoint yang ditetapkan. Objektif utama program adalah membangkitkan kesedaran kepada para remaja berkenaan kelebihan bulan radan,dan bagaimana untuk menghadapinya dengan penuh hikmah dan mendapat kerberkatan daripada Allah swt. 


















Wednesday, August 6, 2014

Program Ramadhan..Tunggu Cheq Mai (Daerah SPS)

Nama Program          : Ramadhan TUNGGU CHEQ MAI
Tarikh                        : 28 Jun 2014
Anjuran                     : IKRAMTeens & Surau Taman Ilmu
Kehadiran Peserta    : 27 Orang

Laporan perjalanan program:

            Para peserta tiba seawal jam 4.00 petang bermula dengan sesi pendaftaran peserta. Setelah itu, para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penerangan dan tayangan berkenaan IKRAMteens. Sebelum meneruskan aktiviti berikutnya, para peserta dan AJK program menunaikan solat asar berjemaah di surau bersama-sama penduduk Taman Ilmu. Selepas itu, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan untuk sesi ‘taaruf’ sesama ahli kumpulan sebelum memulakan explorace. Selepas tayangan dan taklimat, para peserta dikumpulkan diluar surau untuk melakukan games “Naga air” yang akan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan 2 batang coklat Vochelle. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan ketua kumpulan diberikan coklat. Satu daripada coklat yang dibuka plastiknya untuk dipegang oleh ketua kumpulan masing-masing, manakala satu batang coklat lagi dipegang oleh ahli kumpulan yang berada dibelakang sekali. Setiap ketua kumpulan dikehendaki mencalit coklat kepada kumpulan lawan serta berusaha untuk merampas coklat yang berada pada ahli kumpulan lain. Permainan ini berjalan selama 20 minit. Pada pukul 5.45 petang, para peserta diberikan peta perjalanan untuk bergerak. Setiap ‘check point’ adalah berbeza-beza bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan ‘crossword’ yg diberikan dan petunjuk atau clue untuk menyelesaikan crossword ini akan diberikan disetiap check point. Terdapat lima ‘check point’ yang mempunyai tugas yang berbeza-beza. Antaranya, tadarus quran berkumpulan, hiasan rumah, mencipta video ramadhan, lagu ramadhan dan edaran kurma serta risalah ramadhan. Setiap aktiviti mempunyai motif yang tersendiri untuk disampaikan kepada para peserta, dan setiap aktiviti ini adalah pendedahan awal kepada para peserta untuk membut persiapan menghadapi ramadhan yang bakal tiba.

Checkpoint yang pertama adalah tadarus quran. Setiap peserta dikehendaki membaca satu ayat  quran dari surah Al-Baqarah ayat 180-185. Tajwid dan terjemahan dibetulkan dan disampaikan agar semua peserta jelas dan faham ayat tersebut. Checkpoint kedua adalah edaran kurma dan risalah ramadhan. Para peserta diberikan beberapa peket kurma dan risalah untuk edaran kepada penduduk Taman Ilmu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para peserta berkomunikasi dengan orang ramai disamping menyampaikan maklumat kelebihan bulan Ramadhan yang penuh berkah. Selain itu, peserta juga dapat membina keyakinan diri dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, check point keempat dan kelima adalah aktiviti mencipta video ramadhan dan lagu ramadhan. Video dan lagu ramadhan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dan melihat kreativiti peserta. Mereka juga dapat belajar berkerjasama dan saling bertukar pandangan sesama ahli kumpulan. Setelah selesai explorace, para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penutup. En. Azhar telah menyampaikan sesi pengulungan serta memberi maklumat dan penekanan tentang ramadhan kepada para peserta. Pemenang explorace diumumkan pada penghujung program. Semua peserta dibekalkan dengan makanan sebagai bekalan pulang. Aktiviti tamat pada jam 7.30 petang.


Program Ramadhan..Tunggu Cheq Mai (Daerah Timur Laut)

Aktiviti            :           RAMADHAN TUNGGU CHEQ MAI
Tarikh/Hari     :           28 JUNE 2014
Masa               :           8.00AM – 12.00PM
Tempat            :           TAMAN BELIA, Penang
Objektif           :          
1.      Menjalinkan hubungan bersama para peserta.
2.      MEnyemarakkan ukhwah sesama peserta
3.      Mempersiapkan persediaan fizikal dan mental peserta untuk menghadapi Ramadhan.
Kehadiran Peserta     : 7 orang (LAMPIRAN )
AJK                              :         


1.      Syafiq
2.      Akhi Aidi
3.      Syafiyah
4.      Amirul
5.      Aini
6.      Mastura
7.      Siti Zubaira





Tentatif Program:
Masa
Aktiviti
8.00 am
Pendaftaran
8.30
Sarapan
9.30 am
Slot 1: Salam pengenalan Salam Ukhwah
10.00
Slot 2: Persedian Menyambut Ramdhan
10.30 am
Slot 3: Games explorace.
12.00 pm
Makan Tengahari
1.00 pm
Penutup
2.00 pm
Bersurai

1. Aktiviti Taaruf:
    Penyelaras     :      Aini
-          Semua peserta dan fasi memperkenalkan diri masing-masing.
-          Taaruf bertujuan merapatkan ukhwah sesama peserta dan Menyemarakkan ukhwah sesame peserta.
2. Aktiviti  Explorace
     Penyelaras    :  Semua fasi
-          Aktiviti Berkumpulan (2 orang satu kumpulan) dimana semua peserta perlu melalui keempat-empat checkpoint.

Checkpoint pertama: Puzzle sudoku
-          Fasi: Syafiq
-          Peserta perlu meyiapkan puzzle Sudoku sebelum dilepaskan ke checkpoint seterusnya
Checkpoint 2:Quiz
-          Fasi : Mastura
-          PEserta perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan berkaitan dengan Ramadhan seperti:
a)      tarikh Ramadhan
b)      rukun puasa dan
c)       Bincangkan surah al-Qadr dan ceritakan pada fasi.
Checkpoint 3: Street Dakwah
-          Fasi: Syafiyah
-           Peserta perlu mengedarkan brochure kepada orang awam dan sekurang-kurangnya 3 orang berserta gambar orang yang didakwah.
Checkpoint 4: Halangan Iman
-          Fasi: Aini
-          “Pagar pancaindra”: Semua  ahli kumpuan tutup mata dengan kain (buta); ketua  menjadi ‘bisu’. Setiap kumpulan akan di ikat tangan mereka. (cara ikatan: tangan di ikat sesama ahli kumpulan)

-          Tabur batu/coklat (ikut bajet) di sekitar kawasan Check point, dalam keadaan ‘buta’ (ahli) & ‘bisu’ (ketua) & tangan yang terikat peserta akan kutip batu/coklat sebanyak mungkin.


Tuesday, June 24, 2014

Perkhemahan Se.Mu.T

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,thumma alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemerintah sekelian alam. Pada 31mei-1jun 2014 yang lalu, pihak kami telah mengadakan perkhemahan Se.Mu.T. Perkataan Se.Mu.T. Diambil sempena perkataan SEpuluh MUwasafat Tarbiyah. dalam perkhemahan ini ia memfokuskan kepada pembinaan:
1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
4)Tersusun urusannya
5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
7)Pandai berdikari
8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri). 

Perkhemahan kali ini mensasarkan penyertaan daripada adik-adik remaja yang mengikuti halaqah IKRAMTeens secara konsisten. Alhamdulillah, seramai 38 orang remaja berjaya menamatkan perkehemahan ini yang diadakan di Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Aktiviti perkhemahan kali ini bermula agak unik. Peserta dibahagikan kepada tiga check point,iaitu CP jeti butterworth(bagi peserta yang datang daripada seberang), CP jeti pulau, dan CP balik pulau(bagi peserta yang datang daripada balik pulau). Aktiviti mereka yang pertama adalah mengedarkan flyers berkenaan persiapan ramadhan. Mereka seterusnya menaiki bas menuju ke teluk bahang dan bermula di sana pada jam 11.30 pagi. Antara aktiviti untuk perkhemahan kali ini adalah Taaruf Osem, Memanah, TV Rosak, Perang Semut, IKRAMTeens production(peserta diberi kisah sahabat dan mereka perlu melakonkan dan merakam sendiri, kemudian mereka meng'edit' video itu dan dipersembahkan keesokan harinya), team building game, dan aktiviti diakhiri dengan mendaki Bukit Bendera. Perkhemahan ini tamat pada jam 2 petang dengan jayanya.