Tuesday, June 24, 2014

Perkhemahan Se.Mu.T

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,thumma alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemerintah sekelian alam. Pada 31mei-1jun 2014 yang lalu, pihak kami telah mengadakan perkhemahan Se.Mu.T. Perkataan Se.Mu.T. Diambil sempena perkataan SEpuluh MUwasafat Tarbiyah. dalam perkhemahan ini ia memfokuskan kepada pembinaan:
1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
4)Tersusun urusannya
5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
7)Pandai berdikari
8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri). 

Perkhemahan kali ini mensasarkan penyertaan daripada adik-adik remaja yang mengikuti halaqah IKRAMTeens secara konsisten. Alhamdulillah, seramai 38 orang remaja berjaya menamatkan perkehemahan ini yang diadakan di Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Aktiviti perkhemahan kali ini bermula agak unik. Peserta dibahagikan kepada tiga check point,iaitu CP jeti butterworth(bagi peserta yang datang daripada seberang), CP jeti pulau, dan CP balik pulau(bagi peserta yang datang daripada balik pulau). Aktiviti mereka yang pertama adalah mengedarkan flyers berkenaan persiapan ramadhan. Mereka seterusnya menaiki bas menuju ke teluk bahang dan bermula di sana pada jam 11.30 pagi. Antara aktiviti untuk perkhemahan kali ini adalah Taaruf Osem, Memanah, TV Rosak, Perang Semut, IKRAMTeens production(peserta diberi kisah sahabat dan mereka perlu melakonkan dan merakam sendiri, kemudian mereka meng'edit' video itu dan dipersembahkan keesokan harinya), team building game, dan aktiviti diakhiri dengan mendaki Bukit Bendera. Perkhemahan ini tamat pada jam 2 petang dengan jayanya.