Thursday, April 30, 2015

Cinta Fotokopi

Aktiviti IKRAMTeens Pulau Pinang Rabu 29 April 2015, Program Cinta Fotokopi di SMA AL AHMADIAH AL IJTIMAIAH, Padang Lalang Pulau Pinang. Lebih daripada 120 pelajar dari semua tingkatan hadir. Dikendalikan oleh Khairilazhar Karim @ abg ard selaku Pengarah IKRAMTeens Pulau Pinang.








Hiking with Iman-Ikramteens Daerah SPT

Pada 26 Apr 2015 yang lalu Ikramteens daerah SPT telah mengajurkan aktiviti riadah santai yang bertajuk "Hiking with Iman". Aktiviti ini dihadiri oleh seramai 21 orang peserta yang diadakan di Hutan Lipur Cherok Tok Kun. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung seperti ukhuwwah game, tadabbur al-quran dan mendaki bukit di Cherok Tok Kun. Semoga aktiviti riadah seperti ini mampu menjadikan remaja kita sihat & kuat juga tidak mensia-siakan aktiviti hujung minggu mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Seandainya aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Kerana perkataan kalau (seandainya) dapat membuka pintu syaithon.” (HR. Muslim)
Senaman memanaskan badan sebelum mendaki








Aktiviti mendaki dimukan





















Ukhuwwah Game









Berjaya Mendaki









Pengisian tadabbur al-quran oleh Bro Ajwad

Wednesday, April 8, 2015

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Remaja SPU

Pada 4 April yang lalu, IKRAMTeens daerah seberang perai utara telah mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring untuk memilih pemain bagi mewakili daerah spu ke karnival sukan IKRAMTeens Pulau Pinang. Seramai 14 orang remaja telah menyertai perlawanan ini.Perlawanan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10 pagi.