Saturday, May 30, 2015

ATUCARA KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM PULAU PINANG



ATUCARA :

8.00 pagi : Pendaftaran di Padang (Gate Batu Uban)
8.30 pagi : Perasmian 
8.45 pagi : Bergerak ke gelanggang dan sesi 'warming up' 
9.00 pagi : Perlawanan Futsal dan badminton
1.00 ptg   : Perlawanan Akhir Futsal 
1.30 ptg   : Penutup, Penyampaian hadiah dan 'Group Photo'
1.45 ptg   : Makan Tengahari
2.00 ptg   : Bersurai

SEMUA PEMAIN HENDAKLAH MENUTUP AURAT .

Link maklumat untuk pasukan bertanding:

1. Peraturan Futsal
2. Peraturan Netball
3.Peraturan Badminton

Sunday, May 24, 2015

Karnival Sukan Remaja Islam Daerah Seberang Prai Selatan

17/5/2015 - Karnival Sukan Remaja Islam daerah Seberang Perai Selatan telah dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, Jawi. Dua acara telah dijalankan iaitu Futsal dan Beregu Badminton. 6 buah pasukan futsal dan 6 pasukan beregu badminton dari sekitar daerah SPS bertarung untuk merebut kejuaraan bagi melayakkan pasukan ke peringkat negeri. Seramai 64 peserta remaja telah menyertai karnival ini. Pertandingan Futsal dimenangi oleh Team Small River dan Badminton dimenangi oleh SMK Saujana Indah bagi melayakkan diri bertanding ke peringkat negeri pada 31 Mei ini.Tahniah kepada semua pemenang!








Saturday, May 16, 2015

Atucara Program Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens daerah SPS

Assalamualaikum,

Atucara :

8.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi di Dewan Badminton Kompleks Sukan
8.30 pagi : Perasmian 
8.45 pagi : Bergerak ke gelanggang dan sesi 'warming up' 
9.00 pagi : Perlawanan Futsal dan badminton
1.00 ptg   : Perlawanan Akhir Futsal 
1.30 ptg   : Penutup, Penyampaian hadiah dan 'Group Photo'
1.45 ptg   : Makan Tengahari
2.00 ptg   : Bersurai


Lokasi 


Peraturan Futsal Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh   FIFA berkuatkuasa sekarang.
1.2 Ukuran  gelanggang  adalah  tertakluk  kepada  tempat  sewaan  gelanggang.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
1.3.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan pengadil kejohanan berpandukan Undang-undang FIFA.
1.4 Sebarang   keputusan   yang   telah   diputuskan   oleh   pengadil dan penganjur adalah muktamad.


2. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap sekolah/kawasan perumahan/kampung dibenarkan mendaftar seberapa banyak pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain.
3.2 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan diperkenalkan pada sesi taklimat pagi pertandingan.

4. FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pemberian mata ditetapkan seperti berikut:  Menang: 3 mata, Seri: 1 mata dan kalah: 0 mata.
4.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual  Pertandingan,  maka  pasukan  yang  hadir dengan   cukup   bilangan  pemain  iaitu 5 pemain  akan  diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.
4.3 Penarikan   diri   mana-mana   pasukan   semasa   karnival sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada  mengambil  bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.
4.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan dikira sebagai pemenang. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki berikut :-
4.4.1 perbezaan gol;
4.4.2 jumlah jaringan gol;
4.4.3 pasukan yang pernah mengalahkan lawan;
4.4.4 lambungan syiling.
4.5 Sekiranya dalam perlawanan, berlaku keputusan seri setelah tamat tempoh  masa  bermain,  maka tiada  masa tambahan  diberi.  Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikan dan jika masih seri lambungan syiling bagi 'penalty suddent death' akan dibuat.
4.6 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit (10+5+10).
4.7 Tidak lebih dari 3 (tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti  dalam  satu  perlawanan.  Mana-mana  pemain  yang  diganti dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama (rolling substitution).
4.8 Pemenang ditentukan melalui kutipan mata terbanyak dalam liga.   

5   PAKAIAN PEMAIN

5.1 Semua pemain hendaklah memakai kit yang diberi oleh pengadil.
5.2 Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis 'shin guard' mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Kecederaan disebabkan kegagalan mematuhi peraturan ini adalah di atas tanggungjawab pemain.
5.3 Pemain yang memakai seluar pendek dikehendaki memakai 'Thigh' atau 'Thermal' atau 'Body Fit' yang lebih labuh dari lutut.
5.4 Pemain yang tidak menutup aurat TIDAK dibenarkan bermain dan pasukan hendaklah menggantikan pemain simpanan yang lain menggantikannya.

6 JADUAL PERLAWANAN

6.1 Penganjur carnival akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian
6.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh  cuaca  atau  kerana  hal-hal yang  tidak  dijangka,  maka  keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak penganjur.

7    MINIMA PEMAIN

7.1          Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan perlawanan.
7.2          Jika permainan dihentikan,  kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 - 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

8 TINDAKAN TATATERTIB

8.1          Untuk kesalahan berikut,  pengadil dan penganjur tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-
8.1.1 Seseorang  pemain  yang  diperintah  keluar  padang  kerana  kesalahan teknikal  (penggantungan 1   perlawanan).
8.1.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar  (penggantungan 2 perlawanan)
8.1.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib/tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak-(penggantungan 3 perlawanan).
8.2          Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran  bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung  untuk  satu perlawanan selepas  perlawanan yang  diterima amaran ketiga.  Apablia  seorang  pemain  menerima  amaran  bertulis  keempat  maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis kelima,  beliau  tidak lagi dibenarkan bermain.
8.3          Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan  tanpa  mengambilkira  amaran  bertulls yang  diterima  sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.
8.4          Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

9. HADIAH

9.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.

10. YURAN PENYERTAAN

10.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap pemain.


11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. 

Peraturan Badminton Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM 2015
IKRAMTEEN PULAU PINANG

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Malaysia (BAM) dan Undang-Undang Badminton Antarabangsa(BWF).

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Beregu lelaki dan perempuan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap pemain dikehendaki membawa Kad Pengenalan asal untuk rujukan.
3.2 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit
 sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan diperkenalkan pada sesi taklimat pagi pertandingan.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini diadakan secara liga. Pemenang akan mengutip 3 mata manakalah pemain yang kalah tidak mendapat sebarang mata.                                                              
4.1.1 Mata penentuan ialah 21 mata.
4.1.2 Jika mata 20-20 pemain yang berjaya mendapatkan 22 (2 mata berturut-turut dikira sebagai pemenang)
4.1.4 Jika mata 29-29 pemain berjaya mendapat mata 1 mata dahulu dikira pemenang.
4.1.5 Setiap perlawanan akan ditentukan melalui tiga game terbaik.

5. HADIAH

5.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.

6. YURAN PENYERTAAN

6.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap pemain.

7. PAKAIAN / ALATAN

7.1 Jenis bulu tangkis akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Teknik/Penganjur, IKRAMTeens Pulau Pinang.
7.2 Pakaian sukan dan kasut sukan berwarna boleh digunakan. Seluar pendek dilarang sama sekali. Pakaian tanpa lengan tidak dibenarkan.
7.3 Bagi pemain perempuan, pakaian yang ketat serta tidak menutup aurat adalah dilarang sama sekali.
7.4 Pemain yang memakai selipar atau sandel dilarang memanaskan badan di dalam gelanggang.
7.5 Semasa mengambil hadiah hendaklah berpakaian sukan lengkap.Selipar dan topi tidak dibenarkan.

8. MASA BEREHAT

8.1 Pemain boleh memohon untuk berhenti rehat pada mata ke-11 dan sewaktu pertukaran gelanggang. Masa maksimum yang dibenarkan ialah 120 saat. Wisel akan dibunyikan sebaik masa maksimum tamat.

9. PENGGUNAAN GELANGGANG

9.1 Gelanggang boleh digunakan untuk tujuan memanaskan badan. Gelanggang  hendaklah dikosongkan 10 minit sebelum pertandingan dimulakan.
9.2 Masa maksimum untuk memanaskan badan ialah 120 saat. Wisel akan dibunyikan sebaik masa maksimum tamat.

10. KELEWATAN

10.1 Sekiranya pengumuman telah dibuat untuk panggilan kali ketiga pemain lawan boleh diberikan kemenangan percuma. Jadi pemain digalakkan untuk mengurus masa untuk keperluan peribadi dengan baik.

11. BANTAHAN

11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut ketetapan pengadil garisan.
11.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan tetap dijalankan dalam keadaan bermain dalam bantahan.
11.3 Bantahan boleh dibuat setelah permainan berhenti akibat pemain ataupun pemain lawan mendapat mata.
11.4 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

12. RAYUAN

Semua pertandingan akan diputuskan oleh Pengadil Kehormat dan keputusannya adalah MUKTAMAD.


13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. 

Sunday, May 10, 2015

Meniti Usia Baligh di SPU

10 Mei 2015 - IKRAMTeens P.Pinang telah menjalankan program Meniti Usia Baligh di Surau Al-Falah, SPU yang dikendalikan oleh Abg Ard dan Kak Mimi dengan bantuan fasilitator. Seramai 30 orang remaja telah menyertai program ini. Program sebegini memberi kefahaman yang sebenar ketika menempuh usia baligh. Tangunggjawab sebagai seorang yang muslim sebenar dan sedar bahawa segala kewajipan sebagai seorang muslim telah dinilai oleh Allah swt pada usia baligh.Diharap adik-adik yang mengikuti program ini akan menjadi insan yang soleh dan musleh.










"From Zero to Hero" di SMI Al-Masriyah

8 Mei 2015 - Program From Zero to Hero bersama Pengawas SMI Al-Masriyah pada Jumaat yang lalu. Program ini memberi kefahaman yang sebenar kepada adik-adik di SMI Al-Masriyah tetang perihal sebenar tujuan hidup dan tugas sebenar sebagai seorang hamba Allah. Program sebegini dilaksanakan sebagai permulaan kepada halaqah yang bakal dijalankan untuk pelajar tingkatan 4 & 5 yang merupakan pengawas.IKRAMTeens akan memulakan halaqah utk para pengawas Tingkatan 4 dan 5 di sekolah ini untuk membentuk pemimpin remaja yang soleh dan musleh.Kelak,merekalah yang bakal mencorakkan masyarakat dengan warna Islam menggunakan kefahaman yang sebenar.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik[24:55] 




Pengisian "from Zero to Hero" dari Abang Ard
Adik-adik di Masriyah begitu fokus mendengar pengisian 

Taklimat diberikan untuk membentuk halaqah migguan

Taklimat diberikan untuk membentuk halaqah mingguan
Adik-adik di Masriyah sedang kyusuk mendengar pengisian