Thursday, July 2, 2015

3R Pulau Pinang 2015

Pada 27-28 June 2015 telah berlangsungnya satu program 3R (Remaja Raikan Ramadhan). Di peringkat negeri Pulau Pinang 3R dilaksanakan  di dua bahagian iaitu di Pulau dan di Seberang. Kehadiran peserta sangat menggalakkan. Antara aktiviti yang berlansung di dalam 3R ialah salam perkenalan, ibroh dari Badar, tadarus al-quran, Rohingya saudara kita, ramadhan dari seberang,qiamulai dan jejak taqwa. Selaras dengan matlamat ataupun manifestasi dari Ramadhan itu sendiri iaitu memperolehi taqwa, setiap aktiviti yang dirangka menjerumus kearah objektif tersebut melalui kaedah pendidikan yang santai dan tidak membebankan remaja disamping remaja itu merasai kesan didikan sebenar dari Ramadhan ini. Justeru,Iktamteens sentiasa cakna dalam mendidik remaja supaya menjadi soleh dan musleh secara komprehensif agar generasi ini bakal menjadi generasi yang rabbani dan seterusnya bakal memimpin masyarakat kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. Merekalah generasi pewaris!!!