Saturday, August 22, 2015

"GirlsPicnic" Ikramteens SPT

Pada 16 Ogos 2015 telah berlangsungnya satu program santai "Girl Picnic" di R& R Bagan Ajam, Butterworth. Program ini bermula pada pukul 9.00pagi hingga 12.30tengahari dan dihadiri oleh 14 orang peserta remaja perempuan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai dengan objectif program untuk mengumpul para remaja bagi saling mengeratkan silaturahim disamping menyediakan ruang kepada para remaja untuk bersantai bagi mengurangkan stress di musim peperiksaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi ice breaking, permainan berkumpulan dan tazkirah yang disampaikan oleh Ukhti Sakeenah Zahidah yang bertemakan perancangan hidup seorang muslim. Diharapkan agar remaja mendapat manfaat yang menyegarkan daripada program ini bagi menjadi generasi yang teratur dalam pengurusan hidup dalam meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.