Tuesday, June 24, 2014

Perkhemahan Se.Mu.T

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,thumma alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemerintah sekelian alam. Pada 31mei-1jun 2014 yang lalu, pihak kami telah mengadakan perkhemahan Se.Mu.T. Perkataan Se.Mu.T. Diambil sempena perkataan SEpuluh MUwasafat Tarbiyah. dalam perkhemahan ini ia memfokuskan kepada pembinaan:
1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
4)Tersusun urusannya
5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
7)Pandai berdikari
8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri). 

Perkhemahan kali ini mensasarkan penyertaan daripada adik-adik remaja yang mengikuti halaqah IKRAMTeens secara konsisten. Alhamdulillah, seramai 38 orang remaja berjaya menamatkan perkehemahan ini yang diadakan di Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Aktiviti perkhemahan kali ini bermula agak unik. Peserta dibahagikan kepada tiga check point,iaitu CP jeti butterworth(bagi peserta yang datang daripada seberang), CP jeti pulau, dan CP balik pulau(bagi peserta yang datang daripada balik pulau). Aktiviti mereka yang pertama adalah mengedarkan flyers berkenaan persiapan ramadhan. Mereka seterusnya menaiki bas menuju ke teluk bahang dan bermula di sana pada jam 11.30 pagi. Antara aktiviti untuk perkhemahan kali ini adalah Taaruf Osem, Memanah, TV Rosak, Perang Semut, IKRAMTeens production(peserta diberi kisah sahabat dan mereka perlu melakonkan dan merakam sendiri, kemudian mereka meng'edit' video itu dan dipersembahkan keesokan harinya), team building game, dan aktiviti diakhiri dengan mendaki Bukit Bendera. Perkhemahan ini tamat pada jam 2 petang dengan jayanya.





















































Tuesday, April 22, 2014

Daurah Jom Kenali Rasulullah

assalamualaikum wbt. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah,puji-pujian hanya untukNya,dan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

pada 12 april yang lalu kami telah diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk menganjurkan satu daurah "JOM KENALI RASULULLAH". daurah ini telah dibuat di Pejabat IKRAM cawangan Pulau Pinang, dihadiri 45 orang remaja sekitar pulau pinang. daurah kali ini disampaikan oleh Abg Long Shahidan, merupakan seorang aktivis di dala Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang.




program ini telah bermula pada jam 9 pagi, dan dengan izin Allah berjaya ditamatkan pada jam 12 tengahhari. semoga adik-adik ini terus menyerlah jauh daripada biasa!

Tuesday, April 8, 2014

rehlah remaja di taman belia

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah thumma alhamdulillah, puji-pujian hanya untuk Allah semesta alam. selawat dan salam buat junjungan besar nabi muhammad SAW.

pada 23 mac 2014 yang lalu, kami di IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan satu rehlah yang telah diadakan di Taman Belia,Pulau Pinang. penyertaan seramai lebih kurang 20 orang ini bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahhari.