Pada 28/3/15 seawal jam 8pagi, program Meniti Usia Baligh (MUB) 2015 siri 1 anjuran IKRAMTeens Timur Laut bersama Surau Medan Tengku,Jelutong telah berlansung. Seramai 10 orang remaja lelaki dan tiga remaja perempuan diambang usia baligh iaitu 11 hingga 13 tahun telah menghadiri program ini.Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh abang Ard (Khairilazhar) iaitu pengerusi IKRAMTeens Pulau Pinang bersama fasilitator dari IKRAMTeens Timur Laut, iaitu Noraini Abdullah (merangkap Pengarah MUB 2015 siri 1)Mohd Amirul Mukminin,Siti Zubaira, Nor Mastura Naina Mohamed,Nur Syafiyah Mohd Kassim dan dibantu khas oleh saudara Shaufiq iaitu dari golongan remaja merangkap pimpinan muda remaja Flat Medan Tengku.
Nantikan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang OSEM dalam masa yang terdekat ini!!!Ayuh bersama IKRAMTeens Penang
Monday, March 30, 2015
Saturday, March 14, 2015
Telah berlangsungnya pada hari ini 14/3/15 program"jom kenali Rasulullah" anjuran Ikram Teens Pulau Pinang yang berlansung di pejabat Ikram Pulau Pinang.Seramai 13orang peserta telah menghadiri program ini. Sesi penerangan mengenai Ikram Teens juga dibuat bagi adik-adik yang baru mengenali Ikram Teens. Program ini mendidik agar adik-adik remaja dapat mencontohi Rasulullah dalam pelbagai aspek terutmanya dalam aspek akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang sebenar. Oleh itu, program seperti ini akan menjadi kesinambungan kepada program-program Ikram Teens Penang yang akan datang. So,stay with us pelbagai aktiviti yang menarik bakal menunggu adik-adik. Jeng-jeng
Friday, November 21, 2014
TEENS' DAY OUT
TEENS' DAY OUT
Tentatif Program:
Remaja Lelaki
06.00 am : Solat Subuh berjemaah
06.00 am : Tazkirah
07.00 am : Pendaftaran dan Sarapan
07.45 am : Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau dan Perasmian oleh YDP IKRAM SPS
08.00 am : Sesi Pemanasan dan Peregangan badan bahagian kumpulan & Ice Breaking
08.30 am : Pertanding Pertandingan Futsal
11.30 am : Pertandingan akhir
12.00 pm : Penyampaian Hadiah oleh Pengerusi Surau Raudhatul Ilmi
12.15 pm : Sesi Perkongsian & Muhasabah
12.30 pm : Bersurai
Remaja Perempuan
02.30 am : Pendaftaran
02.45 am : Pembahagian kumpulan
03.00 am : Pertandingan Baking With Love
04.30 am : Rehat & Solat
05.00 am : Demo Cake
05.30 am : Pengisian dan penyampaian hadiah oleh JK Wanita Surau Raudhatul Ilmi
06.00 pm : Bersurai
Thursday, November 6, 2014
Seminar Pecutan Akhir
Pada 28 September 2014 yang lalu, IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan satu seminar dengan tajuk "pecutan akhir". Seminar ini telah diadakan di Pejabat Hidayah Centre Pulau Pinang, dengan kehadiran seramai 15 orang peserta. Seminar ini memfokuskan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014. IKRAMTeens telah menjemput Dr Aidi Ahmad, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia di dalam bidang farmasi, untuk memberikan input-input menarik dan tips-tips belajar agar perjalanan dan persiapan mereka untuk menghadapi SPM yang bakal menjelang tiba.
Ramadan Cheq Mai... Daerah Seberang Perai Tengah(SPT)
Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, thumma alhamdulillah, pada 28 Jun 2014, satu program yang diberi nama Ramadan, Tunggu Cheq Mai telah berlangsung. program ini adalah anjuran IKRAMTeens Daerah Seberang Perai Tengah(SPT) bersama IKRAMTeens Pulau Pinang. Seramai 15 orang peserta telah mendaftar dan menghadirkan diri. program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahhari. program ini berbentuk explorace, di mana setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terdapat tugasan-tugasan tertentu di setiap checkpoint yang ditetapkan. Objektif utama program adalah membangkitkan kesedaran kepada para remaja berkenaan kelebihan bulan radan,dan bagaimana untuk menghadapinya dengan penuh hikmah dan mendapat kerberkatan daripada Allah swt.
Wednesday, August 6, 2014
Program Ramadhan..Tunggu Cheq Mai (Daerah SPS)
Nama Program : Ramadhan
TUNGGU CHEQ MAI
Tarikh :
28 Jun 2014
Anjuran : IKRAMTeens & Surau Taman Ilmu
Kehadiran
Peserta : 27 Orang
Laporan
perjalanan program:
Para
peserta tiba seawal jam 4.00 petang bermula dengan sesi pendaftaran peserta.
Setelah itu, para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penerangan dan
tayangan berkenaan IKRAMteens. Sebelum meneruskan aktiviti berikutnya, para
peserta dan AJK program menunaikan solat asar berjemaah di surau bersama-sama
penduduk Taman Ilmu. Selepas itu, para peserta dipecahkan kepada beberapa
kumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan untuk
sesi ‘taaruf’ sesama ahli kumpulan sebelum memulakan explorace. Selepas
tayangan dan taklimat, para peserta dikumpulkan diluar surau untuk melakukan
games “Naga air” yang akan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
diberikan 2 batang coklat Vochelle. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan
ketua kumpulan diberikan coklat. Satu daripada coklat yang dibuka plastiknya
untuk dipegang oleh ketua kumpulan masing-masing, manakala satu batang coklat
lagi dipegang oleh ahli kumpulan yang berada dibelakang sekali. Setiap ketua
kumpulan dikehendaki mencalit coklat kepada kumpulan lawan serta berusaha untuk
merampas coklat yang berada pada ahli kumpulan lain. Permainan ini berjalan
selama 20 minit. Pada pukul 5.45 petang, para peserta diberikan peta perjalanan
untuk bergerak. Setiap ‘check point’ adalah berbeza-beza bagi setiap kumpulan. Setiap
kumpulan perlu menyelesaikan ‘crossword’ yg diberikan dan petunjuk atau clue
untuk menyelesaikan crossword ini akan diberikan disetiap check point. Terdapat
lima ‘check point’ yang mempunyai tugas yang berbeza-beza. Antaranya, tadarus
quran berkumpulan, hiasan rumah, mencipta video ramadhan, lagu ramadhan dan
edaran kurma serta risalah ramadhan. Setiap aktiviti mempunyai motif yang
tersendiri untuk disampaikan kepada para peserta, dan setiap aktiviti ini
adalah pendedahan awal kepada para peserta untuk membut persiapan menghadapi
ramadhan yang bakal tiba.
Checkpoint yang pertama adalah
tadarus quran. Setiap peserta dikehendaki membaca satu ayat quran dari surah Al-Baqarah ayat 180-185. Tajwid
dan terjemahan dibetulkan dan disampaikan agar semua peserta jelas dan faham
ayat tersebut. Checkpoint kedua adalah edaran kurma dan risalah ramadhan. Para
peserta diberikan beberapa peket kurma dan risalah untuk edaran kepada penduduk
Taman Ilmu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para peserta
berkomunikasi dengan orang ramai disamping menyampaikan maklumat kelebihan
bulan Ramadhan yang penuh berkah. Selain itu, peserta juga dapat membina
keyakinan diri dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya,
check point keempat dan kelima adalah aktiviti mencipta video ramadhan dan lagu
ramadhan. Video dan lagu ramadhan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat
peserta dan melihat kreativiti peserta. Mereka juga dapat belajar berkerjasama
dan saling bertukar pandangan sesama ahli kumpulan. Setelah selesai explorace,
para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penutup. En. Azhar telah
menyampaikan sesi pengulungan serta memberi maklumat dan penekanan tentang
ramadhan kepada para peserta. Pemenang explorace diumumkan pada penghujung program.
Semua peserta dibekalkan dengan makanan sebagai bekalan pulang. Aktiviti tamat
pada jam 7.30 petang.
Program Ramadhan..Tunggu Cheq Mai (Daerah Timur Laut)
Aktiviti : RAMADHAN
TUNGGU CHEQ MAI
Tarikh/Hari : 28 JUNE 2014
Masa : 8.00AM – 12.00PM
Tempat : TAMAN BELIA, Penang
Objektif :
1.
Menjalinkan hubungan bersama para peserta.
2.
MEnyemarakkan ukhwah sesama peserta
3.
Mempersiapkan persediaan fizikal dan mental peserta untuk menghadapi Ramadhan.
Kehadiran Peserta : 7 orang
(LAMPIRAN )
AJK :
1.
Syafiq
2.
Akhi Aidi
3.
Syafiyah
4.
Amirul
5.
Aini
6.
Mastura
7.
Siti Zubaira
Tentatif Program:
Masa
|
Aktiviti
|
8.00 am
|
Pendaftaran
|
8.30
|
Sarapan
|
9.30 am
|
Slot 1: Salam pengenalan Salam
Ukhwah
|
10.00
|
Slot 2: Persedian Menyambut
Ramdhan
|
10.30 am
|
Slot 3: Games explorace.
|
12.00 pm
|
Makan Tengahari
|
1.00 pm
|
Penutup
|
2.00 pm
|
Bersurai
|
1. Aktiviti Taaruf:
Penyelaras :
Aini
-
Semua peserta dan fasi memperkenalkan diri
masing-masing.
-
Taaruf bertujuan merapatkan ukhwah sesama
peserta dan Menyemarakkan ukhwah sesame peserta.
2. Aktiviti Explorace
Penyelaras : Semua fasi
-
Aktiviti Berkumpulan (2 orang satu kumpulan)
dimana semua peserta perlu melalui keempat-empat checkpoint.
Checkpoint
pertama: Puzzle sudoku
-
Fasi: Syafiq
-
Peserta perlu meyiapkan puzzle Sudoku sebelum
dilepaskan ke checkpoint seterusnya
Checkpoint
2:Quiz
-
Fasi : Mastura
-
PEserta perlu menjawab soalan-soalan yang
diberikan berkaitan dengan Ramadhan seperti:
a)
tarikh Ramadhan
b)
rukun puasa dan
c)
Bincangkan surah al-Qadr dan ceritakan pada
fasi.
Checkpoint
3: Street Dakwah
-
Fasi: Syafiyah
-
Peserta
perlu mengedarkan brochure kepada orang awam dan sekurang-kurangnya 3 orang
berserta gambar orang yang didakwah.
Checkpoint
4: Halangan Iman
-
Fasi: Aini
-
“Pagar pancaindra”: Semua ahli kumpuan tutup mata dengan kain (buta);
ketua menjadi ‘bisu’. Setiap kumpulan
akan di ikat tangan mereka. (cara ikatan: tangan di ikat sesama ahli kumpulan)
-
Tabur batu/coklat (ikut bajet) di sekitar
kawasan Check point, dalam keadaan ‘buta’ (ahli) & ‘bisu’ (ketua) &
tangan yang terikat peserta akan kutip batu/coklat sebanyak mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































