Thursday, April 30, 2015

Hiking with Iman-Ikramteens Daerah SPT

Pada 26 Apr 2015 yang lalu Ikramteens daerah SPT telah mengajurkan aktiviti riadah santai yang bertajuk "Hiking with Iman". Aktiviti ini dihadiri oleh seramai 21 orang peserta yang diadakan di Hutan Lipur Cherok Tok Kun. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung seperti ukhuwwah game, tadabbur al-quran dan mendaki bukit di Cherok Tok Kun. Semoga aktiviti riadah seperti ini mampu menjadikan remaja kita sihat & kuat juga tidak mensia-siakan aktiviti hujung minggu mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Seandainya aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Kerana perkataan kalau (seandainya) dapat membuka pintu syaithon.” (HR. Muslim)
Senaman memanaskan badan sebelum mendaki








Aktiviti mendaki dimukan





















Ukhuwwah Game









Berjaya Mendaki









Pengisian tadabbur al-quran oleh Bro Ajwad

Wednesday, April 8, 2015

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Remaja SPU

Pada 4 April yang lalu, IKRAMTeens daerah seberang perai utara telah mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring untuk memilih pemain bagi mewakili daerah spu ke karnival sukan IKRAMTeens Pulau Pinang. Seramai 14 orang remaja telah menyertai perlawanan ini.Perlawanan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10 pagi.









Monday, March 30, 2015

Meniti Usia Baligh (MUB 15) Timur Laut

Pada 28/3/15 seawal jam 8pagi, program Meniti Usia Baligh (MUB) 2015 siri 1 anjuran IKRAMTeens Timur Laut bersama Surau Medan Tengku,Jelutong  telah berlansung. Seramai 10 orang remaja lelaki dan tiga remaja perempuan diambang usia baligh iaitu 11 hingga 13 tahun telah menghadiri program ini.Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh abang Ard (Khairilazhar) iaitu pengerusi IKRAMTeens Pulau Pinang bersama fasilitator dari IKRAMTeens Timur Laut, iaitu Noraini Abdullah (merangkap Pengarah MUB 2015 siri 1)Mohd Amirul Mukminin,Siti Zubaira, Nor Mastura Naina Mohamed,Nur Syafiyah Mohd Kassim dan dibantu khas oleh saudara Shaufiq iaitu dari golongan remaja merangkap pimpinan muda remaja Flat Medan Tengku.
Nantikan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang OSEM  dalam masa yang terdekat ini!!!Ayuh bersama IKRAMTeens Penang










Saturday, March 14, 2015

Telah berlangsungnya pada hari ini 14/3/15 program"jom kenali Rasulullah" anjuran Ikram Teens Pulau Pinang yang berlansung di pejabat Ikram Pulau Pinang.Seramai 13orang peserta telah menghadiri program ini. Sesi penerangan mengenai Ikram Teens juga dibuat bagi adik-adik yang baru mengenali Ikram Teens. Program ini mendidik agar adik-adik remaja dapat mencontohi Rasulullah dalam pelbagai aspek terutmanya dalam aspek akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang sebenar. Oleh itu, program seperti ini akan menjadi kesinambungan kepada program-program Ikram Teens Penang yang akan datang. So,stay with us pelbagai aktiviti yang menarik bakal menunggu adik-adik. Jeng-jeng






Friday, November 21, 2014

TEENS' DAY OUT

TEENS' DAY OUT


Tentatif Program:

Remaja Lelaki 

06.00 am : Solat Subuh berjemaah 
06.00 am : Tazkirah
07.00 am : Pendaftaran dan Sarapan 
07.45 am : Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau dan Perasmian oleh YDP IKRAM SPS 
08.00 am : Sesi Pemanasan dan Peregangan badan bahagian kumpulan & Ice Breaking 
08.30 am : Pertanding Pertandingan Futsal 
11.30 am : Pertandingan akhir 
12.00 pm : Penyampaian Hadiah oleh Pengerusi Surau Raudhatul Ilmi       
12.15 pm : Sesi Perkongsian & Muhasabah
12.30 pm : Bersurai

Remaja Perempuan

02.30 am : Pendaftaran 
02.45 am : Pembahagian kumpulan
03.00 am : Pertandingan Baking With Love
04.30 am : Rehat & Solat
05.00 am : Demo Cake
05.30 am :  Pengisian dan penyampaian hadiah oleh JK Wanita Surau Raudhatul Ilmi 
06.00 pm : Bersurai  



Thursday, November 6, 2014

Seminar Pecutan Akhir

Pada 28 September 2014 yang lalu, IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan satu seminar dengan tajuk "pecutan akhir". Seminar ini telah diadakan di Pejabat Hidayah Centre Pulau Pinang, dengan kehadiran seramai 15 orang peserta. Seminar ini memfokuskan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014. IKRAMTeens telah menjemput Dr Aidi Ahmad, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia di dalam bidang farmasi, untuk memberikan input-input menarik dan tips-tips belajar agar perjalanan dan persiapan mereka untuk menghadapi SPM yang bakal menjelang tiba.


Ramadan Cheq Mai... Daerah Seberang Perai Tengah(SPT)

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah, thumma alhamdulillah, pada 28 Jun 2014, satu program yang diberi nama Ramadan, Tunggu Cheq Mai telah berlangsung. program ini adalah anjuran IKRAMTeens Daerah Seberang Perai Tengah(SPT) bersama IKRAMTeens Pulau Pinang. Seramai 15 orang peserta telah mendaftar dan menghadirkan diri. program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahhari. program ini berbentuk explorace, di mana setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terdapat tugasan-tugasan tertentu di setiap checkpoint yang ditetapkan. Objektif utama program adalah membangkitkan kesedaran kepada para remaja berkenaan kelebihan bulan radan,dan bagaimana untuk menghadapinya dengan penuh hikmah dan mendapat kerberkatan daripada Allah swt.