Sunday, May 24, 2015
Karnival Sukan Remaja Islam Daerah Seberang Prai Selatan
17/5/2015 - Karnival Sukan Remaja Islam daerah Seberang Perai Selatan telah dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, Jawi. Dua acara telah dijalankan iaitu Futsal dan Beregu Badminton. 6 buah pasukan futsal dan 6 pasukan beregu badminton dari sekitar daerah SPS bertarung untuk merebut kejuaraan bagi melayakkan pasukan ke peringkat negeri. Seramai 64 peserta remaja telah menyertai karnival ini. Pertandingan Futsal dimenangi oleh Team Small River dan Badminton dimenangi oleh SMK Saujana Indah bagi melayakkan diri bertanding ke peringkat negeri pada 31 Mei ini.Tahniah kepada semua pemenang!
Saturday, May 16, 2015
Atucara Program Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens daerah SPS
Assalamualaikum,
8.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi di Dewan Badminton Kompleks Sukan
8.30 pagi : Perasmian
8.45 pagi : Bergerak ke gelanggang dan sesi 'warming up'
9.00 pagi : Perlawanan Futsal dan badminton
1.00 ptg : Perlawanan Akhir Futsal
1.30 ptg : Penutup, Penyampaian hadiah dan 'Group Photo'
1.45 ptg : Makan Tengahari
2.00 ptg : Bersurai
Lokasi
Peraturan Futsal Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Selain dari
peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.
1.2 Ukuran
gelanggang adalah tertakluk
kepada tempat sewaan
gelanggang.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
1.3.1
Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan pengadil
kejohanan berpandukan Undang-undang FIFA.
1.4 Sebarang keputusan
yang telah diputuskan
oleh pengadil dan penganjur
adalah muktamad.
2. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap
sekolah/kawasan perumahan/kampung dibenarkan mendaftar seberapa banyak pasukan untuk mengambil bahagian
dalam pertandingan ini. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain.
3.2
Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit
sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan diperkenalkan pada sesi taklimat
pagi pertandingan.
4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pemberian mata
ditetapkan seperti berikut: Menang: 3
mata, Seri: 1 mata dan kalah: 0 mata.
4.2 Sekiranya
mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari
15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan,
maka pasukan yang
hadir dengan cukup bilangan
pemain iaitu 5 pemain akan
diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.
4.3
Penarikan diri mana-mana
pasukan semasa karnival sedang berlangsung adalah tidak
dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil
bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan
jaringan yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya
tidak diambil kira.
4.4 Setelah
selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan
dikira sebagai pemenang. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan
tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki
berikut :-
4.4.1 perbezaan
gol;
4.4.2 jumlah
jaringan gol;
4.4.3 pasukan
yang pernah mengalahkan lawan;
4.4.4 lambungan
syiling.
4.5 Sekiranya dalam perlawanan, berlaku keputusan seri setelah tamat
tempoh masa bermain,
maka tiada masa tambahan diberi.
Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut
peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikan dan jika
masih seri lambungan syiling bagi 'penalty suddent death' akan dibuat.
4.6 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan
masa rehat tidak melebihi 5 minit (10+5+10).
4.7 Tidak lebih dari
3 (tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti dalam
satu perlawanan. Mana-mana
pemain yang diganti dibenarkan bermain semula dalam
perlawanan yang sama (rolling substitution).
4.8 Pemenang ditentukan melalui kutipan mata terbanyak dalam liga.
5
PAKAIAN PEMAIN
5.1 Semua pemain hendaklah memakai kit yang
diberi oleh pengadil.
5.2 Setiap pemain wajib memakai kasut yang
sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis 'shin guard' mengikut
spesifikasi yang dibenarkan. Kecederaan disebabkan kegagalan mematuhi peraturan ini adalah di atas tanggungjawab pemain.
5.3 Pemain yang memakai seluar pendek
dikehendaki memakai 'Thigh' atau 'Thermal' atau 'Body Fit' yang lebih labuh
dari lutut.
5.4 Pemain yang tidak menutup aurat TIDAK
dibenarkan bermain dan pasukan hendaklah menggantikan pemain simpanan yang lain
menggantikannya.
6 JADUAL PERLAWANAN
6.1 Penganjur carnival akan menyediakan
Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian
6.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa
gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau kerana
hal-hal yang tidak dijangka,
maka keputusan tentang perlawanan
berkenaan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
7
MINIMA PEMAIN
7.1 Setiap
pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan perlawanan.
7.2 Jika
permainan dihentikan, kerana salah satu
pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan
diberi kemenangan 3 - 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau
perlawanan tamat, jika ianya lebih.
8 TINDAKAN TATATERTIB
8.1 Untuk
kesalahan berikut, pengadil dan
penganjur tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-
8.1.1
Seseorang pemain yang
diperintah keluar padang
kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).
8.1.2 Seseorang
pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan)
8.1.3 Seseorang
pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah
atau menunjukkan isyarat tidak tertib/tidak sopan atau berkelakuan ganas dan
biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau
tidak-(penggantungan 3 perlawanan).
8.2 Mana-mana
pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan
sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang
diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu
perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apablia
seorang pemain menerima
amaran bertulis keempat
maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran
bertulis kelima, beliau tidak lagi dibenarkan bermain.
8.3 Apabila
seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa
mengambilkira amaran bertulls yang
diterima sebelumnya maka pemain
tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.
8.4 Kesemua
keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk
kepada sebarang rayuan.
9. HADIAH
9.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang
tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.
10. YURAN PENYERTAAN
10.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00
dikenakan bagi setiap pemain.
11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam
peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah
muktamad.
Peraturan Badminton Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens
PERATURAN
PERTANDINGAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM 2015
IKRAMTEEN PULAU PINANG
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini
dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Malaysia (BAM) dan
Undang-Undang Badminton Antarabangsa(BWF).
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Beregu lelaki dan perempuan.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pemain dikehendaki membawa Kad
Pengenalan asal untuk rujukan.
3.2 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan
diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit
sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan
diperkenalkan pada sesi taklimat pagi pertandingan.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan
ini diadakan secara liga. Pemenang akan mengutip 3 mata manakalah pemain yang
kalah tidak mendapat sebarang mata.
4.1.1 Mata penentuan ialah 21 mata.
4.1.2 Jika mata 20-20 pemain yang berjaya
mendapatkan 22 (2 mata berturut-turut dikira sebagai pemenang)
4.1.4 Jika mata 29-29 pemain berjaya
mendapat mata 1 mata dahulu dikira pemenang.
4.1.5 Setiap perlawanan akan ditentukan
melalui tiga game terbaik.
5. HADIAH
5.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang
tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.
6. YURAN PENYERTAAN
6.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00
dikenakan bagi setiap pemain.
7. PAKAIAN / ALATAN
7.1 Jenis bulu tangkis akan ditentukan oleh
pihak Jawatankuasa Teknik/Penganjur, IKRAMTeens Pulau Pinang.
7.2 Pakaian sukan dan kasut sukan berwarna
boleh digunakan. Seluar pendek dilarang sama sekali. Pakaian tanpa lengan tidak
dibenarkan.
7.3 Bagi pemain perempuan, pakaian yang
ketat serta tidak menutup aurat adalah dilarang sama sekali.
7.4 Pemain yang memakai selipar atau sandel
dilarang memanaskan badan di dalam gelanggang.
7.5 Semasa mengambil hadiah hendaklah
berpakaian sukan lengkap.Selipar dan topi tidak dibenarkan.
8. MASA BEREHAT
8.1 Pemain boleh memohon untuk berhenti
rehat pada mata ke-11 dan sewaktu pertukaran gelanggang. Masa maksimum
yang dibenarkan ialah 120 saat. Wisel akan dibunyikan sebaik masa maksimum
tamat.
9. PENGGUNAAN GELANGGANG
9.1 Gelanggang boleh digunakan untuk tujuan
memanaskan badan. Gelanggang hendaklah
dikosongkan 10 minit sebelum pertandingan dimulakan.
9.2 Masa maksimum untuk memanaskan badan
ialah 120 saat. Wisel akan dibunyikan sebaik masa maksimum tamat.
10. KELEWATAN
10.1 Sekiranya pengumuman telah dibuat
untuk panggilan kali ketiga pemain lawan boleh diberikan kemenangan percuma.
Jadi pemain digalakkan untuk mengurus masa untuk keperluan peribadi dengan
baik.
11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat
mengikut ketetapan pengadil garisan.
11.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan,
perlawanan tetap dijalankan dalam keadaan bermain dalam bantahan.
11.3 Bantahan boleh dibuat setelah
permainan berhenti akibat pemain ataupun pemain lawan mendapat mata.
11.4 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.
12. RAYUAN
Semua pertandingan akan diputuskan oleh Pengadil Kehormat dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam
peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah
muktamad.
Sunday, May 10, 2015
Meniti Usia Baligh di SPU
10 Mei 2015 - IKRAMTeens P.Pinang telah menjalankan program Meniti Usia Baligh di Surau Al-Falah, SPU yang dikendalikan oleh Abg Ard dan Kak Mimi dengan bantuan fasilitator. Seramai 30 orang remaja telah menyertai program ini. Program sebegini memberi kefahaman yang sebenar ketika menempuh usia baligh. Tangunggjawab sebagai seorang yang muslim sebenar dan sedar bahawa segala kewajipan sebagai seorang muslim telah dinilai oleh Allah swt pada usia baligh.Diharap adik-adik yang mengikuti program ini akan menjadi insan yang soleh dan musleh.
"From Zero to Hero" di SMI Al-Masriyah
8 Mei 2015 - Program From Zero to Hero bersama Pengawas SMI Al-Masriyah pada Jumaat yang lalu. Program ini memberi kefahaman yang sebenar kepada adik-adik di SMI Al-Masriyah tetang perihal sebenar tujuan hidup dan tugas sebenar sebagai seorang hamba Allah. Program sebegini dilaksanakan sebagai permulaan kepada halaqah yang bakal dijalankan untuk pelajar tingkatan 4 & 5 yang merupakan pengawas.IKRAMTeens akan memulakan halaqah utk para pengawas Tingkatan 4 dan 5 di sekolah ini untuk membentuk pemimpin remaja yang soleh dan musleh.Kelak,merekalah yang bakal mencorakkan masyarakat dengan warna Islam menggunakan kefahaman yang sebenar.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik[24:55]
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik[24:55]
![]() |
| Pengisian "from Zero to Hero" dari Abang Ard |
![]() |
| Adik-adik di Masriyah begitu fokus mendengar pengisian |
![]() |
| Taklimat diberikan untuk membentuk halaqah migguan |
![]() |
| Taklimat diberikan untuk membentuk halaqah mingguan |
![]() |
| Adik-adik di Masriyah sedang kyusuk mendengar pengisian |
Thursday, April 30, 2015
Cinta Fotokopi
Aktiviti IKRAMTeens Pulau Pinang Rabu 29 April 2015, Program Cinta Fotokopi di SMA AL AHMADIAH AL IJTIMAIAH, Padang Lalang Pulau Pinang. Lebih daripada 120 pelajar dari semua tingkatan hadir. Dikendalikan oleh Khairilazhar Karim @ abg ard selaku Pengarah IKRAMTeens Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























