Monday, February 22, 2016

Seminar Menara Gading, Ikramteens Pulau Pinang

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt diatas keizinannya IKRAMTeens dengan kerjasama IKRAM Siswa dan Persatuan Staf Islam USM, dapat menjalankan Seminar Menara Gading 2016 dengan Jayanya.
IKRAM merupakan sebuah NGO Islam yang menitik beratkan Dakwah, Tarbiah, dan Kebajikan kepada masyarakat umum. Diatas dasar itu, IKRAM terpanggil untuk menggerakkan unit-unitnya kali ini supaya dapat berbakti kepada ummat, terutama kepada golongan sasaran terpenting yang mampu mencorak negara ke arah Negara Rahmah suatu hari nanti.
‪#‎SMG2016‬ merupakan sebuah program persediaan buat bakal mahasiswa yang telah tamat penilaian di peringkat sekolah samada SPM, STPM, mahupun STAM. Ia menyediakan peluang kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan pengetahuan awal laluan pendidikan mereka dari sudut kos atau bidang yang sesuai dengan diri mereka, serta laluan kerjaya yang pelbagai untuk mereka hayati dan memilihan secara bijak.
Selain itu #SMG2016 pada kali ini, menampilkan para penceramah Professional berpengalaman dari setiap bidang untuk menyampaikan ceramah. Penceramah bertugas meyakinkan peserta bahawa bidang mereka adalah terbaik. Peserta dibentangkan dengan maklumat yang sesuai, terbaru, dan bermanfaat untuk difikirkan supaya dapat melakukan pilihan yang terbaik. Peserta juga bebas berinteraksi secara terus dengan penceramah bagi mendapatkan input yang diingini.
Kejayaan kali ini memberikan nafas segar kepada #SMG2016 untuk mensasarkan seramai 3000 peserta pada tahun hadapan. Oleh yang demikian kami ingin menjgalualukan mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang sudi berkerjasama menjayakan program ini pada tahun hadapan. Semoga kerjasama yang akan dilakukan pada masa hadapan dapat membantu anak bangsa kita berjaya di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada peserta dan ibu bapa waris yang sudi menjayakan program kali ini. Kami juga ingin mendoakan supaya peserta tenang menerima keputusan SPM, STPM, atau STAM nanti. Berbincanglah secara baik dan berhikmah dengan keluarga, dan jangan lupa untuk melakukan solat istiqarah mohon petunjuk dari Allah swt mana pilihan yang terbaik. Semoga Berjaya di dunia dan akhirat. Sekian, terimakasih.
Petikan ucapan penghargaan dari:
Muhammad Zul Zhafran Bin Saad
Pengarah,
Seminar Menara Gading 2016.















Tuesday, December 22, 2015

"The Young Apprentice" ajuran Ikramteens SPT

Ikramteens Seberang Perai Tengah telah mengadakan program "The Young Apprentice" pada 20 Disember 2015 di Padang rehat dan rawat Bagan Ajam. Program ini dihadiri oleh 22 orang remaja perempuan inibertujuan mengajak para remaja menjadi remaja yang kreatif dan menggunakan kemahiran mereka membantu mereka yang memerlukan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gubahan kreatif,"saya jual" dan "feed the homeless". Program ini mengajar mereka untuk "survive" bermula dari kemahiran mengubah bunga sehingga menjual hasil gubahan mereka kepada orang. Diharapkan agar melalui program sebegini dapat membentuk jati diri yakni dari segi mampu berdikari di dalam diri remaja.



















Tuesday, December 15, 2015

"Be a Muslim Warrior"

Pada 11/12/15 sehingga 13/12/15 telah berlansungnya kem ataupun perkhemahan remaja "Be a Muslim Warrior" yang dianjurkan oleh Ikramteens Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan seperti solat cara Nabi, Gen Quran, aktiviti di Escape, "Master Chef", "night walk" dan "explorace". Para peserta dididik dalam setiap aktiviti yang dijalankan dari aspek kognitif, sahsiah, kepimpinan dan sebagainya. Sebagai contoh diantara peserta lelaki akan  dipilih untuk megimani solat dan juga untuk azan.Aspek-aspek inilah yang bakal menjadikan seseorang itu muslim yang sebenar. Maklum balas yang diperolehi daripada ibu bapa peserta sangat menggalakan dan mereka mengharapkan pelbagai aktiviti anjuran Ikramteens dapat diikuti oleh anak-anak mereka di lain program.Nantikan lagi pelbagai aktiviti menarik yang bakal menyusul dari tim Ikramteens Pulau Pinang.

















Thursday, November 19, 2015

Cinta Fotokopi di SMK Ahmad Tajuddin

Kisah abg ard hari nie, selasa 17 Nov 2015. Program Cinta Fotokopi di SMK Ahmad Tajuddin utk pelajar2 Ting 3 & 4. Antara pengisian Makna cinta yg sebenar, ibrah dari surah al Isra' ayat 32. Sebelum akhiri program CF, bacaan ikrar oleh adik Muhd Faizal. Semoga kita semua akan dilindungi Allah swt.
Kepada sekolah yg berminat boleh hubungi 013-4891004






Sunday, November 15, 2015

I'm Beautiful bersama Wanita Ikram SPT

Pada 1 November 2015 telah berlangsung program I'm Beautiful anjuran Wanita IKRAM SPT, IKRAM Teens & IKRAM Junior. Seramai 67 peserta remaja perempuan berumur 10 hingga 17 tahun sekitar Pulau Pinang telah hadir ke program ini. Program ini telah berlangsung di Dewan Seminar Masjid Putrajaya. Program berkisar tentang perubahan-perubahan fizikal, emosi & fisiologi kepada diri remaja apabila akil baligh ini disampaikan oleh saudari Amy Norsoraya. Bahagian kedua pula berkaitan tentang perkara haid yang dibentangkan oleh Dr.Fatimah. Di akhir program fasilitator mengajar para peserta untuk melakukan pratikal mandi wajib.