Wednesday, July 27, 2011

Remaja Rai Ramadhan

Ayuh kita daftar segera!!!!!!!!




Rasulullah saw bersabda :
”Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara-perkara yang baik dari kamu kerana orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.”
(HR At Thabrani)

Remaja Berjaya Tawan Bukit

REMAJA TAWAN BUKIT
TEMPAT : Hutan Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Seramai 28 orang (remaja + fasi ipt + pakcik2 IKRAM SPT)

Bermula dengan sarapan pagi di tempat letak kereta. Kemudian taklimat dan senaman ringkas oleh abg ard & abg atai. Mula panjat bukit pada pukul 9.30 pagi.














Wednesday, July 20, 2011

Remaja Tawan Bukit





Peta untuk ke tempat berkumpul.
 Petunjuk:
1. Dari Hospital Bukit Mertajam terus ke arah Kulim dan akan menyeberangi Jambatan Keretapi.
2. Jumpa 2 traffic light terus sahaja.
3. Akan nampak Gereja St Anne disebelah kiri.
4. Selepas stesen minyak BHP akan jumpa masjid di sebelah kanan.
5. Berhadapan dengan masjid, terdapat kedai makan Pak Man Mee Kuah Ketam, belok ikut simpang kiri di sebelahan kedai makan tersebut.
6. Terus masuk ke dalam sehingga jumpa tempat parking kereta.

Tuesday, March 8, 2011

SEMINAR MENARA GADING 2011



TENTATIF PROGRAM

8.30 – 9.00 pagi
Pendaftaran peserta
9.00 – 9.30 pagi
Ice Breaking / Taklimat
9.30 – 10.30 pagi
Pengurusan Masa Efektif
10.30 – 11.00 pagi
Minum pagi
11.00 – 12.00 tghari
Motivasi diri : Aku Hebat !!
12.00 – 1.00 tghari
Kecemerlangan dari Perspektif Islam
1.00 – 2.00 petang
Makan dan Solat Zohor
2.00 – 4.00 petang
Forum mahasiswa – “Aku Mahasiswa Paling Bahagia”
4.00 – 4.45 petang
LDK (Bengkel Berkumpulan)
4.45 – 5.00 petang
Majlis Penutupan

YURAN RM 10 SAHAJA
TERHAD KEPADA 40 ORANG PESERTA SAHAJA

LEPASAN SPM & STPM
PENDAFTARAN :
LATIFAH BEE 013-4383131
SHAZWANI 019-4169231
KHAIRILAZHAR 013-4891004

Tuesday, March 1, 2011

KEAHLIAN IKRAMTEENS

Syarat Keahlian Institusi

● Terbuka kepada semua remaja islam berumur antara 12 hingga 19 tahun.
● Masih bersekolah (merujuk kepada umur 18 & 19).
● Mengisi borang keahlian ( termasuk secara online )
● Membayar wang pemprosesan.
● Mendapat kebenaran dari ibu bapa.
● Keahlian mengikut negeri.


** Kad ahli akan dikeluarkan
** Remaja bukan Islam boleh bersama dengan menjadi ahli FiT (Fan IKRAMTeens )



Faedah Keahlian

● Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik.
● Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea serta potensi melalui aktiviti yang dijalankan.
● Berpeluang untuk mengenali dan saling berinteraksi bersama ahli.
● Meneruskan aktiviti dalam Belia IKRAM dan Mahasiswa IKRAM



Permohonan Ahli

● Satu kaedah permohonan ahli yang kreatif akan dicadangkan bagi menyesuaikan dengan teknologi semasa serta kesesuaian cita rasa remaja.

IKRAM TEENS

Apa itu IKRAMTeens?

IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ). IKRAMTeens ditubuhkan pada 12 Disember 2010.



Falsafah IKRAMTeens

a) IKRAM – Merujuk kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia
b) Teens – bahasa kontemporari yang merujuk kepada Remaja.



Misi

Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.



Motto


“Menyerlah Jauh daripada Biasa”

IKRAMTeens berhasrat melahirkan Remaja yang Menyerlah jauh daripada Biasa, remaja yang sentiasa berkualiti dari aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepimpinannya, Remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya member manfaat yang banyak buat ummah dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, Kreatif, inovatif dan berinisiatif, semua ini sesuai dengan firman Allah swt :

“Kamu adalah ummat yang terbaik ( Menyerlah jauh daripada biasa ) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dar yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah fasik “ ( Ali Imran – 110 )



Objektif

● Menggerakkan remaja ke arah penghayatan islam yang tulen dan sejati serta berakhlak mulia.
● Melahirkan barisan remaja yang memiliki ciri-ciri islamik, unggul dan kontemporari bersedia untuk menghadapi cabaran semasa.
● Menyediakan remaja yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi untuk menerajui barisan kepimpinan ummah, masyarakat dan negara.
● Mewujudkan remaja yang mampu menyantuni, berinteraksi, memberi manfaat dan menyumbang kepada masyarakat serta institusi nya.



Struktur Institusi

● Beroperasi diperingkat Pusat, Negeri dan Daerah.
● Satu institusi dibawah Sekretariat Remaja IKRAM Pusat (SRIP)



Aktiviti yang akan dijalankan mempunyai ciri dan merangkumi aspek mental, jasad dan rohani (MENTaRi)

● Pembangunan Sakhsiah
● Pembangunan Ilmu dan Minda
● Pembangunan Amal
● Kecemerlangan Akademik
● Pembangunan Kemahiran Diri
● Pemimpin dan Kepimpinan
● Bijak IT dan Celik Media
● Perkhemahan dan aktiviti lasak
● Sukan dan rekreasi.
● Hiburan, Seni dan Kebudayaan
● Survival hidup / Kendiri
● Penulisan dan penerbitan
● Prihatin Masyarakat
● Program Kesedaran Ummah Antarabangsa
● Interaksi antara Kaum dan Agama
● Amar maarof nahi mungkar
● Masjid Mesra Remaja

Saturday, February 26, 2011