Monday, January 16, 2012

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang
Pusat Aktiviti IKRAM SPU, Sg Dua
15 Januari 2012
"Apa Erti Saya Menganut Islam"

Pertama sekali, dipanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi diatas keberkatannya di dalam menjayakan program julung kali daurah remaja untuk tahun 2012. Program ini merupakan program sulung 2012 IKRAMTeens Penang dalam menyantuni remaja-remaja khususnya di Pulau Pinang. Program ini dirangka khusus daripada bahagian tarbiyah (Pengkaderan) IKRAMTeens Pulau Pinang di dalam aspek pentarbiyahan remaja. Program-program daurah remaja akan dirangka pada setiap bulan dan aktiviti-aktiviti di dalamnya sesuai bagi peringkat remaja.

Apa Erti Saya Menganut Islam merupakan tajuk untuk daurah remaja bagi memberi pemahaman kepada remaja dalam menganuti Islam yang sebenar. Alhamdulillah penyampainya Ustaz Khairul membentangkan tajuk ini dalam bentuk yang santai. program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Seramai 43 orang peserta terdiri daripada 16 lelaki dan 27 perempuan (target asal 40 orang) mengikut daurah ini dan seramai 30 orang ahli baru berdaftar sebagai ahli IKRAMTeens Pulau Pinang. Berikut antara gambar-gambar semasa program Daurah Remaja IKRAMTeens:















Sunday, January 8, 2012

Rehlah Fasilitator KBM Penang

Rehlah Fasilitator KBM Penang
Tema : "Ukhuwah Pengikat Silaturahim"
Ahad 8 Januari 2012
Hutan Lipur Sg Tukun, Taman Negara Pulau Pinang
Peserta : Pengerak KBM Penang & Fasilitator (USM,IPGM Kampus PP, UiTM PP, German Malaysian Institute)

Alhamdulillah, selesai sudah program kursus yang dirangka untuk merapakan ukhuwah di antara pengerak kbm dengan fasilitator-fasilitator yang merupakan tulang belakang pengerak KBM di Pulau Pinang. Program ini dihadiri seramai 40 orang ikhwah/akhwat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, juga kehadiran istimewa Ustaz Syazalie Herman bersama zaujahnya. Program bermula pada pukul 10.45 pagi di mana semua peserta berkumpul di tempat letak kereta Taman Negara. Walaupun terpaksa hiking selama 15 minit sambil membawa peralatan rehlah untuk sampai ke Hutan Lipur Sg Tukun, namun kerjasama yang mantap menjadikan perjalanan mudah dan lancar. Sampai sahaja di tapak rehlah, sesi taklimat disampaikan oleh abg long (Akhi Shahidan). Tugasan dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana ikhwah menyediakan bbq ayam manakala kump akhwat menyediakan nasi dan juga menu tomyam. Tazkirah istimewa tentang ukhuwah disampaikan oleh Ust Syazalie. Program berakhir pada pukul 3.50 petang. Antara gambar-gambar sesama rehlah :























Wednesday, December 21, 2011

Rehlah IKRAMTeens Pulau Pinang

Rehlah IKRAMTeens Pulau Pinang
17 Disember 2011
Hutan Reakreasi Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam

Program rehlah remaja ini melibatkan seramai 26 orang yang terdiri daripada alumni IKRAMTeens, alumni kbm dan juga fasilitator daripada UiTM Pulau Pinang & IPGM Pulau Pinang. Tujuan program rehlah ini dijalankan untuk merapatkan hubungan IKRAMTeens Penang dengan remaja-remaja yang pernah mengikuti program IKRAMTeens.

Antara akitiviti-aktiviti yang dijalankan ialah memanjat bukit, memasak dan permainan ukhuwah.

















Insya allah selepas ini akan ada lagi  kesinambungan program-program susulan khas untuk remaja di pulau pinang.

Monday, October 10, 2011

Program Keindahan BersamaMu Khairiah

Keindahan BersamaMu
Madrasah Khairiah Al Islamiyah, Pokok Sena, Pulau Pinang
24 & 25 September 2011
74 peserta (Lelaki)

KMKY - abg ard & abg atai
INTEAM - abg long & abg lang
Meniti Angin Malam I - abg lang
Meniti Angin Malam II - abg ard & the geng
Kini & Hijrah - abg lang & abg long
Slot ibuayah - Hj Ismail
Menyemai Kasih Menuai Sayang - abg ard











Monday, October 3, 2011

Program Keindahan BersamaMu Khairiah Al Islamiyah

Keindahan BersamaMu
Madrasah Khairiah Al Islamiyah, Pokok Sena, Pulau Pinang
16 & 17 September 2011
80 peserta (Perempuan)

KMKY - kak anis & kak sha
INTEAM - kak dila & kak tikah
Meniti Angin Malam I - abg lang
Meniti Angin Malam II - abg ard & the geng
Kini & Hijrah - abg lang & abg long







Tuesday, August 16, 2011

Remaja Rai Ramadhan 2011

Alhamdulillah program Remaja Rai Ramadhan telah berjaya dilaksanakan di Masjid Nyior Sebatang, Tasek Gelugor pada 13 Ogos 2011. Seramai 106 orang remaja di seluruh Pulau Pinang telah datang berdaftar. Antara aktiviti menarik...Ibrah Perang Badar, Kantong Bocor, Halaqah Quran dan banyak lagi...

Sebahagian gambar2 program Remaja Rai Ramadhan...

Slot Bingkisan Ramadhan


Peserta sedang bergerak menuju ke rumah penerima sumbangan Bingkisan Ramadhan.






Antara penerima sumbangan Bingkiran Ramadhan Remaja Rai Ramadhan

Wednesday, July 27, 2011

Remaja Rai Ramadhan

Ayuh kita daftar segera!!!!!!!!




Rasulullah saw bersabda :
”Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara-perkara yang baik dari kamu kerana orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.”
(HR At Thabrani)