Tuesday, January 29, 2013

Kem Perkhemahan IKRAMTeens P.Pinang "Be a Muslim Warrior"

Kem Perkhemahan IKRAMTeens P.Pinang "Be a Muslim Warrior"
15 & 16 Disember 2012
Kebun Pak Syarif, Teluk Kumbar Pulau Pinang
Peserta 59 orang (Kedah, P.Pinang & Perak)


Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana diberikan kekuatan untuk menjalankan program tahunan Kem Perkhemahan IKRAMTeens P.Pinang. Kem kali ini bertemakan Be a Muslim Warrior kerana pengisian kali ini hampir 70 peratus berbentuk askari (outdoor). Alhamdulillah program selama 2 hari sabtu dan ahad berjalan dengan baik walaupun para peserta didugakan dengan ujian hujan. Rata-rata peserta berpuas hati di dalam program ini dan  diminta untuk mengadakan kembali pada tahun depan. Seramai 59 peserta dari 3 buah negeri iaitu kedah, p.pinang dan perak mengikut serta program ini. Berikut beberapa coretan gambar yang diambil sepanjang program berlangsung.

antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

  1. Master Chef Warrior
  2. Mendongak Ke Langit (Astronomi)
  3. Night walk
  4. Halalan Toyibah
  5. Aku org Kaya Bertaqwa












Monday, December 3, 2012

Dengar la nasihat dr abg utk adik2


Bagi adik2 yg mungkin cuba berjinak2 utk menghisap rokok...Dengarla nasihat abg...


Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

English Version

 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
 
Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Rujukan : e-portal Majlis Fatwa Kebangsaan

Monday, September 17, 2012

Program Daurah Remaja "Jom Kenali Rasulullah"

Program Daurah Remaja IKRAMTeens Penang
Jom Kenali Rasulullah
15 September 2012
9.00 pg - 12.30 tghari
Pej Hidayah Center, Pulau Pinang

Syukur kehadrat Illahi kerana diberikan sedikit keruangan untuk IKRAMTeens Penang menyantuni hati-hati adik-adik remaja pada hujung minggu. Program daurah yang dirancang sebulan sekali oleh team IKRAMTeens telah disertai oleh seramai 19 orang remaja di sekitar pulau pinang. Daurah kali ini bertajuk "Jom Kenali Rasulullah " disampai secara bersantai oleh Abg Long (Akhi Shahidan). Alhamdulilllah mendapat respon yang cukup baik dikalangan peserta dan diminta untuk diadakan lanjutan lagi mengenai kisah Rasulullah s.a.w.

Jazakallahukahirankhathira kepada sahabat-sahabat IKRAM Barat Daya & AJK IKRAMTeens kerana membantu di dalam kelancaran program daurah ini.

548837_472988482735924_186449068_n.jpg (960×720)

402199_471727282862044_2063640360_n.jpg (960×720)


183300_487348574623407_450859122_n.jpg (309×206)

46496_487349194623345_1289019709_n.jpg (960×640)

548015_487349404623324_1102747109_n.jpg (960×640)



Wednesday, August 1, 2012

Program Remaja Raikan Ramadhan mendapat sambutan hanggat!!!


Program Remaja Raikan Ramadhan
Masjid Daerah Bali Pulau, Pulau Pinang
28 -29 Julai 2012
Peserta 110 orang (MRSM Balik Pulau, SMKA (P) Al Mashoor, SMK Pondok Uteh dan remaja-remaja Balik Pulau)

Pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi di perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau. Seramai 110 peserta ( 53 lelaki & 57 perempuan) yang terdiri daripada pelajar – pelajar MRSM Balik Pulau, SMKA (P) Al Mashoor, SMK Pondok Upeh dan remaja – remaja sekitar Balik Pulau mengikuti program 3R kali ini.
Majlis perasmian program 3R telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail selaku Pengerusi Kebajikan IKRAM Barat Daya dan program diteruskan dengan taklimat program oleh Pn Latifah Bee Binti Majid selaku Pengarah Program 3R Pulau Pinang.
            Slot pertama iaitu Salam Pengenalan Salam Ukhuwah dikendalikan oleh Abg Zul. Setiap peserta diberi nilai sepuluh sen dan diminta untuk membentuk kumpulan berdasarkan nilai yang diberi. Peserta yang tidak mempunyai kumpulan diminta untuk memperkenalkan diri secara ringkas.
Slot kedua iaitu Rekacipta dikendalikan oleh Abg Ard. Aktiviti rekacipta merupakan satu slot dimana peserta akan merekacipta sebuah kenderaan berdasarkan barang yang telah disediakan oleh pihak fasilitator. Peserta diberi masa selama sejam untuk menyiapkan hasil rekacipta mereka. Syarat pertandingan ialah kenderaan mestilah bergerak menggunakan angin sebagai daya tolakan.
            Setelah selesai solat zohor berjemaah, peserta berkumpulan di dalam dewan secara berkumpulan. Sementara menanti kedatangan penceramah; Dr Danial Zainal Abidin, para peserta diberi tugasan untuk bertadarus sambil menghayati terjemahan surah al khaf. Di dalam penyampaian Ibrah Pemuda Khafi, Dr Danial menerangkan bahawa surah ini cukup rapat dengan peserta kerana surah ini berkenaan dengan pemuda-pemuda. Dr Danial juga mengaitkan surah ini dengan tanda-tanda akhir zaman dan kiamat.
            Slot Jalan-jalan Jejak Fakir dijalankan selepas solat asar berjemaah. Semua kumpulan digabungkan kepada 6 kumpulan untuk menghantar bantuan kepada rumah-rumah fakir miskin yang telah disenaraikan. Slot ini agak mencabar kerana peserta terpaksa berjalan jauh mengharungi kawasan sawah padi dan perkampungan ditambah lagi di bulan ramadhan. Namun semua ini untuk mentarbiyah adik-adik peserta dan fasilitator-fasilitator tentang erti kesusahan.
            Slot Kad Raya IKRAMTeens dikendalikan oleh Abg Ard. Peserta diminta untuk mereka kad hari raya untuk dihantar ke rumah anak-anak yatim yang dipilih iaitu Rumah Anak-anak Yatim Naziyatul Aishah, Pulau Pinang.
            Keesokkan harinya, para peserta bangun awal pagi untuk qiamullai secara berjemaah. Selepas solat subuh, para peserta berkumpul di dewan untuk sesi riadah. Permainan kantong bocor @masjidXplore.com bermula pada pukul 7.30 pagi. Peserta diberi taklimat mengenai permainan ini dimana mereka harus mendapatkan tandatangan fasilitator di 5 checkpoint di sekitar masjid.
            Slot terakhir ialah Aku Insan Cemerlang yang disampaikan oleh Abg Lang (Suhaimi Itam Ramli) yang merupakan aktivis IKRAMTeens Pulau Pinang. Antara yang disampaikan ialah untuk menjadi insan cemerlang perlu menjaga dua hubungan utama iaiut hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
            Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan majlis penutupan dan penyampaian sijil program 3R disampaikan oleh pengarah program 3R, Pn Latifah Bee.






















Monday, April 9, 2012

Program Keindahan BersamaMu SMK Sg Ara

Keindahan BersamaMu
Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Ara
31 Mac - 1 April 2012
Peserta Ting 1 & 2


KMKY - abg lang& abg atai
INTEAM - achu & abg chaq
Meniti Angin Malam I - abg lang
Meniti Angin Malam II - abg ard & the geng
Kini & Hijrah - abg ard & achu











Antara komen-komen peserta :

# Saya bersyukur kerana dapat menyertai program ini kerana ia dapat membantu saya untuk menguatkan iman saya sendiri dan dapat bekerjasama dengan fasilitator dan rakan-rakan yang lain.

# Saya berasa gembira dengan program ini kerana saya dapat ilmu yang saya perlu dalam hidup saya. Sebelum ini saya tidak pernah berasa nak sembahyang. Tiba-tiba saya rasa ingin sembahyang selepas
 memasuki program ini. Saya sangat gembira program ini daspat mengisafi diri saya.

Friday, March 23, 2012

Program Laskar Pelangi

Program Laskar Pelangi
Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai, Pulau Pinang
22 Mac 2012
Peserta Tingkatan 4 (255 orang pelajar)

Alhamdulillah julung2 kali program Laskar Pelangi memasuki sekolah di pulau pinang. Program yang berbentuk kerja berkumpulan dan dijalankan secara santai. Program ini merupakan acara bedah filem "Laskar Pelangi". Pelajar ditayangkan dengan 17 slot di dalam filem Laskar Pelangi dan mereka ditugaskan meneliti pengajaran yang terdapat di dalam slot tersebut. Peserta akan berkongsi apakah pengajaran yang mereka perolehi dalam slot tersebut, dengan ini secara tidak langsung mendidik pelajar untuk berani bercakap dihadapan orang dan mengutarakan pendapat mereka. Program bermula 9.00 pagi hingga 1.20 petang. Disertakan beberapa gambaran suasana semasa program Laskar Pelangi.











Friday, March 16, 2012

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang (SIRI 2)

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang
Pusat Aktiviti IKRAM PP, Seberang Jaya
15 Mac 2012
"Apa Erti Saya Menganut Islam "

Program daurah remaja IKRAMTeens Pulau Pinang merupakan siri kedua untuk daurah bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam." program ini bagi membolehkan peserta IKRAMTeens yang tidak peluang untuk mengikuti siri pertama mengikuti pada siri kedua. Seramai 30 peserta remaja menghadiri program ini.

Pengisian kali ini disampaikan oleh Ustazah Saliza yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pematang Pasir. Pengisian kali ini banyak diselangi dengan video-video bagi memudahkan remaja memahami topik tersebut.

Program yang bermula pada pukul 9.37 pagi diakhir pada pukul 1.30 petang. Berikut gambar-gambar yang diambil semasa program dijalankan.