Aktiviti IKRAMTeens Pulau Pinang, 16-18 Oktober 2015. Menjalankan program Keindahan BersamaMu di Recsam, Pulau Pinang. Peserta dikalangan 4 buah sekolah; SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMK Kg Selamat, Maahad Al Mashoor & SMK Teluk Kumbar. Majlis Penutupan dirasmikan oleh Yg Dipertua Negeri Pulau Pinang. Semoga adik2 dapat mengamal keindahan ini di dalam kehidupan.
Thursday, October 22, 2015
Cinta Fotokopi
Aktiviti IKRAMTeens, sabtu 19 September 2015. Perkongsian Cinta Fotokopi dengan remaja di Surau An Nur, Lebuh Nipah. Antara yg dikongsikan mengenai cinta original bukan cinta fotokopi, ibrah ayat 32 Surah Al Isra' dan ikrar remaja bijak jauhi zina. Semoga pertemuan yg singkat nie akan menyelamatkan diri kita semua. Ameen Insya Allah.
Saturday, August 22, 2015
"GirlsPicnic" Ikramteens SPT
Pada 16 Ogos 2015 telah berlangsungnya satu program santai "Girl Picnic" di R& R Bagan Ajam, Butterworth. Program ini bermula pada pukul 9.00pagi hingga 12.30tengahari dan dihadiri oleh 14 orang peserta remaja perempuan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai dengan objectif program untuk mengumpul para remaja bagi saling mengeratkan silaturahim disamping menyediakan ruang kepada para remaja untuk bersantai bagi mengurangkan stress di musim peperiksaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi ice breaking, permainan berkumpulan dan tazkirah yang disampaikan oleh Ukhti Sakeenah Zahidah yang bertemakan perancangan hidup seorang muslim. Diharapkan agar remaja mendapat manfaat yang menyegarkan daripada program ini bagi menjadi generasi yang teratur dalam pengurusan hidup dalam meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.
Thursday, July 2, 2015
3R Pulau Pinang 2015
Pada 27-28 June 2015 telah berlangsungnya satu program 3R (Remaja Raikan Ramadhan). Di peringkat negeri Pulau Pinang 3R dilaksanakan di dua bahagian iaitu di Pulau dan di Seberang. Kehadiran peserta sangat menggalakkan. Antara aktiviti yang berlansung di dalam 3R ialah salam perkenalan, ibroh dari Badar, tadarus al-quran, Rohingya saudara kita, ramadhan dari seberang,qiamulai dan jejak taqwa. Selaras dengan matlamat ataupun manifestasi dari Ramadhan itu sendiri iaitu memperolehi taqwa, setiap aktiviti yang dirangka menjerumus kearah objektif tersebut melalui kaedah pendidikan yang santai dan tidak membebankan remaja disamping remaja itu merasai kesan didikan sebenar dari Ramadhan ini. Justeru,Iktamteens sentiasa cakna dalam mendidik remaja supaya menjadi soleh dan musleh secara komprehensif agar generasi ini bakal menjadi generasi yang rabbani dan seterusnya bakal memimpin masyarakat kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. Merekalah generasi pewaris!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































