Monday, October 10, 2016

Pecutan Akhir 2016

Pada 2 Oktober 2016 bertempat di dewan seminar An-Nahdhoh Kubang Semang,Pulau Pinang telah berlansungnya "Pecutan Akhir" anjuran Ikramteens Pulau Pinang degan kerjasama Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung taman baru JKK dan Dr Afif Bahardin adun Seberang Jaya,Pulau Pinang. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran peserta seramai 65 orang. Pogram ini dibuka untuk pelajar sekolah menegah dari tingkatan 3 sehingga tingkatan 4 dan objetif program salah satunya ialah mengajar teknik-teknik hafalan yang berkesan,contohya "V=visual, A=audio dan K=kinesthetic " dimana gambungan tiga kaedah ini dapat memudahkan pelajar untuk mengingati poin-poin peting dalam matapelajaran yang diambil. Maklumbalas yang diterima dari peserta sangat positif dan mereka sangat suka dengan modul ini yang banyak memasukkan elemen pembelajaran yang kreatif dan tidak membosankan. Selamat meghadapi peperiksaan kepada pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 semoga kalian berjaya dalam peperiksaan ini dari Ikramteens Pulau Pinang.
















Thursday, April 7, 2016

Dermasiswa Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Pada 31 Mac 2016 yang lalu satu program penyerahan dermasiswa telah berlansung di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama dari iBantu Pulau Pinang yang merupakan salah satu ajensi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia. Seramai sepuluh orang pelajar telah dipilih untuk mendapat sumbangan ini. Kritiria yang dipilih untuk mendapat sumbangan ini ialah pelajar yang mempunyai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran dan anak yatim.Pemilihan pelajar-pelajar tersebut juga hasil dari penilitian dan cadangan dari guru di sekolah tersebut. Kerjasama yang terjalin antara Ikramteens, ibantu dan Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam akan berterusan bagi memastikan pelajar-pelajar yang dipilih itu berjaya dalam sahsiah dan pelajaran. Seterusnya mereka dapat menjadi contoh kepada pelaja-pelajar yang lain.















Monday, February 22, 2016

Seminar Menara Gading, Ikramteens Pulau Pinang

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt diatas keizinannya IKRAMTeens dengan kerjasama IKRAM Siswa dan Persatuan Staf Islam USM, dapat menjalankan Seminar Menara Gading 2016 dengan Jayanya.
IKRAM merupakan sebuah NGO Islam yang menitik beratkan Dakwah, Tarbiah, dan Kebajikan kepada masyarakat umum. Diatas dasar itu, IKRAM terpanggil untuk menggerakkan unit-unitnya kali ini supaya dapat berbakti kepada ummat, terutama kepada golongan sasaran terpenting yang mampu mencorak negara ke arah Negara Rahmah suatu hari nanti.
‪#‎SMG2016‬ merupakan sebuah program persediaan buat bakal mahasiswa yang telah tamat penilaian di peringkat sekolah samada SPM, STPM, mahupun STAM. Ia menyediakan peluang kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan pengetahuan awal laluan pendidikan mereka dari sudut kos atau bidang yang sesuai dengan diri mereka, serta laluan kerjaya yang pelbagai untuk mereka hayati dan memilihan secara bijak.
Selain itu #SMG2016 pada kali ini, menampilkan para penceramah Professional berpengalaman dari setiap bidang untuk menyampaikan ceramah. Penceramah bertugas meyakinkan peserta bahawa bidang mereka adalah terbaik. Peserta dibentangkan dengan maklumat yang sesuai, terbaru, dan bermanfaat untuk difikirkan supaya dapat melakukan pilihan yang terbaik. Peserta juga bebas berinteraksi secara terus dengan penceramah bagi mendapatkan input yang diingini.
Kejayaan kali ini memberikan nafas segar kepada #SMG2016 untuk mensasarkan seramai 3000 peserta pada tahun hadapan. Oleh yang demikian kami ingin menjgalualukan mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang sudi berkerjasama menjayakan program ini pada tahun hadapan. Semoga kerjasama yang akan dilakukan pada masa hadapan dapat membantu anak bangsa kita berjaya di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada peserta dan ibu bapa waris yang sudi menjayakan program kali ini. Kami juga ingin mendoakan supaya peserta tenang menerima keputusan SPM, STPM, atau STAM nanti. Berbincanglah secara baik dan berhikmah dengan keluarga, dan jangan lupa untuk melakukan solat istiqarah mohon petunjuk dari Allah swt mana pilihan yang terbaik. Semoga Berjaya di dunia dan akhirat. Sekian, terimakasih.
Petikan ucapan penghargaan dari:
Muhammad Zul Zhafran Bin Saad
Pengarah,
Seminar Menara Gading 2016.















Tuesday, December 22, 2015

"The Young Apprentice" ajuran Ikramteens SPT

Ikramteens Seberang Perai Tengah telah mengadakan program "The Young Apprentice" pada 20 Disember 2015 di Padang rehat dan rawat Bagan Ajam. Program ini dihadiri oleh 22 orang remaja perempuan inibertujuan mengajak para remaja menjadi remaja yang kreatif dan menggunakan kemahiran mereka membantu mereka yang memerlukan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gubahan kreatif,"saya jual" dan "feed the homeless". Program ini mengajar mereka untuk "survive" bermula dari kemahiran mengubah bunga sehingga menjual hasil gubahan mereka kepada orang. Diharapkan agar melalui program sebegini dapat membentuk jati diri yakni dari segi mampu berdikari di dalam diri remaja.