Thursday, June 18, 2015

Ambang Ramadan di Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART)

Aktiviti IKRAMTeens Pulau Pinang 16 Jun 2015, menjalankan pengisian Ambang Ramadhan untuk pelajar-pelajar Ting 1 & 2 di Sekolah Menengah Arab Tahfiz SMART seramai 97 orang pelajar terlibat. Antara pengisian adalah Ramadhan sebagai bulan pesta ibadah, Ramadhan Bulan Al Quran, Matlamat 10 malam terakhir. Alhamdulillah bertemu dgn adik2 yg osem..pandai betul melukis.
Semoga kita bertemu malam lailatur qadar. Ameen Insya Allah







Wednesday, June 17, 2015

Cinta Fotokopi di MRSM Balik Pulau

Kisah IKRAMTeens Pulau Pinang hari ini, 15 Jun 2015. Cinta Fotokopi di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang untuk pelajar2 Ting 1 & 2. Pengisian dalam melahirkan remaja bijak menjauhi zina. Di akhir program ini kami semua berikrar untuk menjauhi pekara yang mendekatkan diri dengan zina. Antum mmg ceria dan osem.





Wednesday, June 10, 2015

Karnival Sukan Remaja Islam Pulau Pinang

Pada 31 Mei 2015 telah berlansungnya Karnival Sukan Remaja Islam peringkat negeri Pulau Pinang yang bertempat di USM induk Pulau Pinang. Karnival sukan ini menyediakan tiga jenis sukan iaitu badminton beregu (L & P),bola jaring (P) dan bola sepak (L). Setiap daerah menghantar wakil masing-masing yang terdiri daripada daerah Seberang Prai Utara,Seberang Prai Tengah,Seberang Prai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya. Karnival sukan ini bermula pada pukul 9.00pagi dan berakhir pada pukul 2.00petang. Upacara penyampaian hadiah dan penutup disampaikan oleh YDP Ikram Pulau Pinang Ir Jamaluddin Abdullah.Memetik kata-kata YDP Ikram Pulau Pinang beliau menyatakan hasratnya ingin melihat karnival sukan Remaja Islam di peringkat Pulau Pinang ini menjadi upacara tahunan dengan penyertaan yang semakin bertambah. Semoga karnival sukan ini menjadi wadah kepada remaja Pulau Pinang untuk mengcungkil bakat sambil membina peribadi muslim yang berkehendak untuk menjadi "mukmin yang kuat". Remaja yang mukmin tonggak masa depan negara!!!!





















Saturday, May 30, 2015

ATUCARA KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM PULAU PINANG



ATUCARA :

8.00 pagi : Pendaftaran di Padang (Gate Batu Uban)
8.30 pagi : Perasmian 
8.45 pagi : Bergerak ke gelanggang dan sesi 'warming up' 
9.00 pagi : Perlawanan Futsal dan badminton
1.00 ptg   : Perlawanan Akhir Futsal 
1.30 ptg   : Penutup, Penyampaian hadiah dan 'Group Photo'
1.45 ptg   : Makan Tengahari
2.00 ptg   : Bersurai

SEMUA PEMAIN HENDAKLAH MENUTUP AURAT .

Link maklumat untuk pasukan bertanding:

1. Peraturan Futsal
2. Peraturan Netball
3.Peraturan Badminton

Sunday, May 24, 2015

Karnival Sukan Remaja Islam Daerah Seberang Prai Selatan

17/5/2015 - Karnival Sukan Remaja Islam daerah Seberang Perai Selatan telah dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, Jawi. Dua acara telah dijalankan iaitu Futsal dan Beregu Badminton. 6 buah pasukan futsal dan 6 pasukan beregu badminton dari sekitar daerah SPS bertarung untuk merebut kejuaraan bagi melayakkan pasukan ke peringkat negeri. Seramai 64 peserta remaja telah menyertai karnival ini. Pertandingan Futsal dimenangi oleh Team Small River dan Badminton dimenangi oleh SMK Saujana Indah bagi melayakkan diri bertanding ke peringkat negeri pada 31 Mei ini.Tahniah kepada semua pemenang!








Saturday, May 16, 2015

Atucara Program Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens daerah SPS

Assalamualaikum,

Atucara :

8.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi di Dewan Badminton Kompleks Sukan
8.30 pagi : Perasmian 
8.45 pagi : Bergerak ke gelanggang dan sesi 'warming up' 
9.00 pagi : Perlawanan Futsal dan badminton
1.00 ptg   : Perlawanan Akhir Futsal 
1.30 ptg   : Penutup, Penyampaian hadiah dan 'Group Photo'
1.45 ptg   : Makan Tengahari
2.00 ptg   : Bersurai


Lokasi 


Peraturan Futsal Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh   FIFA berkuatkuasa sekarang.
1.2 Ukuran  gelanggang  adalah  tertakluk  kepada  tempat  sewaan  gelanggang.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
1.3.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan pengadil kejohanan berpandukan Undang-undang FIFA.
1.4 Sebarang   keputusan   yang   telah   diputuskan   oleh   pengadil dan penganjur adalah muktamad.


2. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap sekolah/kawasan perumahan/kampung dibenarkan mendaftar seberapa banyak pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain.
3.2 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan diperkenalkan pada sesi taklimat pagi pertandingan.

4. FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pemberian mata ditetapkan seperti berikut:  Menang: 3 mata, Seri: 1 mata dan kalah: 0 mata.
4.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual  Pertandingan,  maka  pasukan  yang  hadir dengan   cukup   bilangan  pemain  iaitu 5 pemain  akan  diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.
4.3 Penarikan   diri   mana-mana   pasukan   semasa   karnival sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada  mengambil  bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.
4.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan dikira sebagai pemenang. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki berikut :-
4.4.1 perbezaan gol;
4.4.2 jumlah jaringan gol;
4.4.3 pasukan yang pernah mengalahkan lawan;
4.4.4 lambungan syiling.
4.5 Sekiranya dalam perlawanan, berlaku keputusan seri setelah tamat tempoh  masa  bermain,  maka tiada  masa tambahan  diberi.  Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikan dan jika masih seri lambungan syiling bagi 'penalty suddent death' akan dibuat.
4.6 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit (10+5+10).
4.7 Tidak lebih dari 3 (tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti  dalam  satu  perlawanan.  Mana-mana  pemain  yang  diganti dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama (rolling substitution).
4.8 Pemenang ditentukan melalui kutipan mata terbanyak dalam liga.   

5   PAKAIAN PEMAIN

5.1 Semua pemain hendaklah memakai kit yang diberi oleh pengadil.
5.2 Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis 'shin guard' mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Kecederaan disebabkan kegagalan mematuhi peraturan ini adalah di atas tanggungjawab pemain.
5.3 Pemain yang memakai seluar pendek dikehendaki memakai 'Thigh' atau 'Thermal' atau 'Body Fit' yang lebih labuh dari lutut.
5.4 Pemain yang tidak menutup aurat TIDAK dibenarkan bermain dan pasukan hendaklah menggantikan pemain simpanan yang lain menggantikannya.

6 JADUAL PERLAWANAN

6.1 Penganjur carnival akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian
6.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh  cuaca  atau  kerana  hal-hal yang  tidak  dijangka,  maka  keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak penganjur.

7    MINIMA PEMAIN

7.1          Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan perlawanan.
7.2          Jika permainan dihentikan,  kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 - 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

8 TINDAKAN TATATERTIB

8.1          Untuk kesalahan berikut,  pengadil dan penganjur tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-
8.1.1 Seseorang  pemain  yang  diperintah  keluar  padang  kerana  kesalahan teknikal  (penggantungan 1   perlawanan).
8.1.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar  (penggantungan 2 perlawanan)
8.1.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib/tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak-(penggantungan 3 perlawanan).
8.2          Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran  bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung  untuk  satu perlawanan selepas  perlawanan yang  diterima amaran ketiga.  Apablia  seorang  pemain  menerima  amaran  bertulis  keempat  maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis kelima,  beliau  tidak lagi dibenarkan bermain.
8.3          Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan  tanpa  mengambilkira  amaran  bertulls yang  diterima  sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.
8.4          Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

9. HADIAH

9.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.

10. YURAN PENYERTAAN

10.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap pemain.


11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.