Saturday, May 16, 2015

Peraturan Badminton Karnival Sukan Remaja Islam IKRAMTeens

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN REMAJA ISLAM 2015
IKRAMTEEN PULAU PINANG

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Malaysia (BAM) dan Undang-Undang Badminton Antarabangsa(BWF).

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Beregu lelaki dan perempuan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap pemain dikehendaki membawa Kad Pengenalan asal untuk rujukan.
3.2 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit
 sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan diperkenalkan pada sesi taklimat pagi pertandingan.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini diadakan secara liga. Pemenang akan mengutip 3 mata manakalah pemain yang kalah tidak mendapat sebarang mata.                                                              
4.1.1 Mata penentuan ialah 21 mata.
4.1.2 Jika mata 20-20 pemain yang berjaya mendapatkan 22 (2 mata berturut-turut dikira sebagai pemenang)
4.1.4 Jika mata 29-29 pemain berjaya mendapat mata 1 mata dahulu dikira pemenang.
4.1.5 Setiap perlawanan akan ditentukan melalui tiga game terbaik.

5. HADIAH

5.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.

6. YURAN PENYERTAAN

6.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap pemain.

7. PAKAIAN / ALATAN

7.1 Jenis bulu tangkis akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Teknik/Penganjur, IKRAMTeens Pulau Pinang.
7.2 Pakaian sukan dan kasut sukan berwarna boleh digunakan. Seluar pendek dilarang sama sekali. Pakaian tanpa lengan tidak dibenarkan.
7.3 Bagi pemain perempuan, pakaian yang ketat serta tidak menutup aurat adalah dilarang sama sekali.
7.4 Pemain yang memakai selipar atau sandel dilarang memanaskan badan di dalam gelanggang.
7.5 Semasa mengambil hadiah hendaklah berpakaian sukan lengkap.Selipar dan topi tidak dibenarkan.

8. MASA BEREHAT

8.1 Pemain boleh memohon untuk berhenti rehat pada mata ke-11 dan sewaktu pertukaran gelanggang. Masa maksimum yang dibenarkan ialah 120 saat. Wisel akan dibunyikan sebaik masa maksimum tamat.

9. PENGGUNAAN GELANGGANG

9.1 Gelanggang boleh digunakan untuk tujuan memanaskan badan. Gelanggang  hendaklah dikosongkan 10 minit sebelum pertandingan dimulakan.
9.2 Masa maksimum untuk memanaskan badan ialah 120 saat. Wisel akan dibunyikan sebaik masa maksimum tamat.

10. KELEWATAN

10.1 Sekiranya pengumuman telah dibuat untuk panggilan kali ketiga pemain lawan boleh diberikan kemenangan percuma. Jadi pemain digalakkan untuk mengurus masa untuk keperluan peribadi dengan baik.

11. BANTAHAN

11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut ketetapan pengadil garisan.
11.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan tetap dijalankan dalam keadaan bermain dalam bantahan.
11.3 Bantahan boleh dibuat setelah permainan berhenti akibat pemain ataupun pemain lawan mendapat mata.
11.4 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

12. RAYUAN

Semua pertandingan akan diputuskan oleh Pengadil Kehormat dan keputusannya adalah MUKTAMAD.


13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. 

No comments:

Post a Comment