1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Selain dari
peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.
1.2 Ukuran
gelanggang adalah tertakluk
kepada tempat sewaan
gelanggang.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
1.3.1
Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan pengadil
kejohanan berpandukan Undang-undang FIFA.
1.4 Sebarang keputusan
yang telah diputuskan
oleh pengadil dan penganjur
adalah muktamad.
2. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap
sekolah/kawasan perumahan/kampung dibenarkan mendaftar seberapa banyak pasukan untuk mengambil bahagian
dalam pertandingan ini. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain.
3.2
Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat 15 minit
sebelum perlawanan dimulakan. Pengadil akan diperkenalkan pada sesi taklimat
pagi pertandingan.
4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pemberian mata
ditetapkan seperti berikut: Menang: 3
mata, Seri: 1 mata dan kalah: 0 mata.
4.2 Sekiranya
mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari
15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan,
maka pasukan yang
hadir dengan cukup bilangan
pemain iaitu 5 pemain akan
diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.
4.3
Penarikan diri mana-mana
pasukan semasa karnival sedang berlangsung adalah tidak
dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil
bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan
jaringan yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya
tidak diambil kira.
4.4 Setelah
selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan
dikira sebagai pemenang. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan
tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki
berikut :-
4.4.1 perbezaan
gol;
4.4.2 jumlah
jaringan gol;
4.4.3 pasukan
yang pernah mengalahkan lawan;
4.4.4 lambungan
syiling.
4.5 Sekiranya dalam perlawanan, berlaku keputusan seri setelah tamat
tempoh masa bermain,
maka tiada masa tambahan diberi.
Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut
peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikan dan jika
masih seri lambungan syiling bagi 'penalty suddent death' akan dibuat.
4.6 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan
masa rehat tidak melebihi 5 minit (10+5+10).
4.7 Tidak lebih dari
3 (tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti dalam
satu perlawanan. Mana-mana
pemain yang diganti dibenarkan bermain semula dalam
perlawanan yang sama (rolling substitution).
4.8 Pemenang ditentukan melalui kutipan mata terbanyak dalam liga.
5
PAKAIAN PEMAIN
5.1 Semua pemain hendaklah memakai kit yang
diberi oleh pengadil.
5.2 Setiap pemain wajib memakai kasut yang
sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis 'shin guard' mengikut
spesifikasi yang dibenarkan. Kecederaan disebabkan kegagalan mematuhi peraturan ini adalah di atas tanggungjawab pemain.
5.3 Pemain yang memakai seluar pendek
dikehendaki memakai 'Thigh' atau 'Thermal' atau 'Body Fit' yang lebih labuh
dari lutut.
5.4 Pemain yang tidak menutup aurat TIDAK
dibenarkan bermain dan pasukan hendaklah menggantikan pemain simpanan yang lain
menggantikannya.
6 JADUAL PERLAWANAN
6.1 Penganjur carnival akan menyediakan
Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian
6.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa
gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau kerana
hal-hal yang tidak dijangka,
maka keputusan tentang perlawanan
berkenaan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
7
MINIMA PEMAIN
7.1 Setiap
pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan perlawanan.
7.2 Jika
permainan dihentikan, kerana salah satu
pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan
diberi kemenangan 3 - 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau
perlawanan tamat, jika ianya lebih.
8 TINDAKAN TATATERTIB
8.1 Untuk
kesalahan berikut, pengadil dan
penganjur tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-
8.1.1
Seseorang pemain yang
diperintah keluar padang
kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).
8.1.2 Seseorang
pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan)
8.1.3 Seseorang
pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah
atau menunjukkan isyarat tidak tertib/tidak sopan atau berkelakuan ganas dan
biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau
tidak-(penggantungan 3 perlawanan).
8.2 Mana-mana
pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan
sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang
diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu
perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apablia
seorang pemain menerima
amaran bertulis keempat
maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran
bertulis kelima, beliau tidak lagi dibenarkan bermain.
8.3 Apabila
seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa
mengambilkira amaran bertulls yang
diterima sebelumnya maka pemain
tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.
8.4 Kesemua
keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk
kepada sebarang rayuan.
9. HADIAH
9.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang
tempat Pertama dan Kedua bagi setiap kategori.
10. YURAN PENYERTAAN
10.1 Yuran penyertaan sebanyak RM10.00
dikenakan bagi setiap pemain.
11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam
peraturan ini akan diputuskan oleh Penganjur Kejohanan dan keputusan adalah
muktamad.
No comments:
Post a Comment