Wednesday, August 1, 2012

Program Remaja Raikan Ramadhan mendapat sambutan hanggat!!!


Program Remaja Raikan Ramadhan
Masjid Daerah Bali Pulau, Pulau Pinang
28 -29 Julai 2012
Peserta 110 orang (MRSM Balik Pulau, SMKA (P) Al Mashoor, SMK Pondok Uteh dan remaja-remaja Balik Pulau)

Pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi di perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau. Seramai 110 peserta ( 53 lelaki & 57 perempuan) yang terdiri daripada pelajar – pelajar MRSM Balik Pulau, SMKA (P) Al Mashoor, SMK Pondok Upeh dan remaja – remaja sekitar Balik Pulau mengikuti program 3R kali ini.
Majlis perasmian program 3R telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail selaku Pengerusi Kebajikan IKRAM Barat Daya dan program diteruskan dengan taklimat program oleh Pn Latifah Bee Binti Majid selaku Pengarah Program 3R Pulau Pinang.
            Slot pertama iaitu Salam Pengenalan Salam Ukhuwah dikendalikan oleh Abg Zul. Setiap peserta diberi nilai sepuluh sen dan diminta untuk membentuk kumpulan berdasarkan nilai yang diberi. Peserta yang tidak mempunyai kumpulan diminta untuk memperkenalkan diri secara ringkas.
Slot kedua iaitu Rekacipta dikendalikan oleh Abg Ard. Aktiviti rekacipta merupakan satu slot dimana peserta akan merekacipta sebuah kenderaan berdasarkan barang yang telah disediakan oleh pihak fasilitator. Peserta diberi masa selama sejam untuk menyiapkan hasil rekacipta mereka. Syarat pertandingan ialah kenderaan mestilah bergerak menggunakan angin sebagai daya tolakan.
            Setelah selesai solat zohor berjemaah, peserta berkumpulan di dalam dewan secara berkumpulan. Sementara menanti kedatangan penceramah; Dr Danial Zainal Abidin, para peserta diberi tugasan untuk bertadarus sambil menghayati terjemahan surah al khaf. Di dalam penyampaian Ibrah Pemuda Khafi, Dr Danial menerangkan bahawa surah ini cukup rapat dengan peserta kerana surah ini berkenaan dengan pemuda-pemuda. Dr Danial juga mengaitkan surah ini dengan tanda-tanda akhir zaman dan kiamat.
            Slot Jalan-jalan Jejak Fakir dijalankan selepas solat asar berjemaah. Semua kumpulan digabungkan kepada 6 kumpulan untuk menghantar bantuan kepada rumah-rumah fakir miskin yang telah disenaraikan. Slot ini agak mencabar kerana peserta terpaksa berjalan jauh mengharungi kawasan sawah padi dan perkampungan ditambah lagi di bulan ramadhan. Namun semua ini untuk mentarbiyah adik-adik peserta dan fasilitator-fasilitator tentang erti kesusahan.
            Slot Kad Raya IKRAMTeens dikendalikan oleh Abg Ard. Peserta diminta untuk mereka kad hari raya untuk dihantar ke rumah anak-anak yatim yang dipilih iaitu Rumah Anak-anak Yatim Naziyatul Aishah, Pulau Pinang.
            Keesokkan harinya, para peserta bangun awal pagi untuk qiamullai secara berjemaah. Selepas solat subuh, para peserta berkumpul di dewan untuk sesi riadah. Permainan kantong bocor @masjidXplore.com bermula pada pukul 7.30 pagi. Peserta diberi taklimat mengenai permainan ini dimana mereka harus mendapatkan tandatangan fasilitator di 5 checkpoint di sekitar masjid.
            Slot terakhir ialah Aku Insan Cemerlang yang disampaikan oleh Abg Lang (Suhaimi Itam Ramli) yang merupakan aktivis IKRAMTeens Pulau Pinang. Antara yang disampaikan ialah untuk menjadi insan cemerlang perlu menjaga dua hubungan utama iaiut hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
            Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan majlis penutupan dan penyampaian sijil program 3R disampaikan oleh pengarah program 3R, Pn Latifah Bee.