Monday, March 30, 2015

Meniti Usia Baligh (MUB 15) Timur Laut

Pada 28/3/15 seawal jam 8pagi, program Meniti Usia Baligh (MUB) 2015 siri 1 anjuran IKRAMTeens Timur Laut bersama Surau Medan Tengku,Jelutong  telah berlansung. Seramai 10 orang remaja lelaki dan tiga remaja perempuan diambang usia baligh iaitu 11 hingga 13 tahun telah menghadiri program ini.Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh abang Ard (Khairilazhar) iaitu pengerusi IKRAMTeens Pulau Pinang bersama fasilitator dari IKRAMTeens Timur Laut, iaitu Noraini Abdullah (merangkap Pengarah MUB 2015 siri 1)Mohd Amirul Mukminin,Siti Zubaira, Nor Mastura Naina Mohamed,Nur Syafiyah Mohd Kassim dan dibantu khas oleh saudara Shaufiq iaitu dari golongan remaja merangkap pimpinan muda remaja Flat Medan Tengku.
Nantikan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang OSEM  dalam masa yang terdekat ini!!!Ayuh bersama IKRAMTeens Penang










Saturday, March 14, 2015

Telah berlangsungnya pada hari ini 14/3/15 program"jom kenali Rasulullah" anjuran Ikram Teens Pulau Pinang yang berlansung di pejabat Ikram Pulau Pinang.Seramai 13orang peserta telah menghadiri program ini. Sesi penerangan mengenai Ikram Teens juga dibuat bagi adik-adik yang baru mengenali Ikram Teens. Program ini mendidik agar adik-adik remaja dapat mencontohi Rasulullah dalam pelbagai aspek terutmanya dalam aspek akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang sebenar. Oleh itu, program seperti ini akan menjadi kesinambungan kepada program-program Ikram Teens Penang yang akan datang. So,stay with us pelbagai aktiviti yang menarik bakal menunggu adik-adik. Jeng-jeng