Saturday, February 4, 2017

BIJAK IT..Membina Keluarga Sakinah (Surau Ibnu Sina,Perda)

Pada 21 Jan 2017, satu program bertajuk Bijak IT,Membina Keluarga Sakinah telah berlansung di Surau Ibnu Sina, Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang. Dalam program ini menerima kehadiran waris dan remaja,dimana dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai cara penggunaan IT dengan betul. Dewasa ini dengan perkembangan terknologi maklumat yang begitu pesat perlu kepada pengawasan yang betul terutamanya daripada ibu bapa.
Beberapa tips telah dikongsikan kepada waris dan remaja,antara tips yang dikongsikan ialah suami perlu kongsikan password telefon bimbit kepada isteri dan sebaliknya.
Para waris sangat membantu dalam menjayakan program tersebut. Mereka juga berkongsi permainan bersama-sama yang diberi nama panjang-pendek.

                  
Para waris turut serta bermain permainan
panjang-pendek bersama anak-anak.
Antara waris yang hadir dalam program
 Bijak IT,Membina Keluarga Sakinah
              
              Penyampaian  Bijak IT,Membina Keluarga Sakinah disampaikan oleh
        Saudara Khairalazhar, Pengarah IKRAMTeens Pulau Pinang













Para waris yang hadir memberi maklum balas yang baik, diharapkan program ini bukan habis disini saja. Semoga kerjasama Surau Ibnu Sina, Perda bersama IKRAMTeens Pulau Pinang dapat melonjakkan lagi pembinaan jati diri remaja kearah insan yang soleh dan musleh.

Thursday, October 13, 2016

RUNNING TEENS (IKRAMTeens TIMUR LAUT)

Remaja merupakan cerminan masa depan bagi sebuah negara. Seperti kata-kata yang dipetik dari Saidina Ali R.A:

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Sehubungan itu, IKRAMTeens Timur Laut telah mengambil insiatif mengadakan program Running Teens khusus untuk para remaja. Program ini telah dijayakan di Flat 100 Taman Sri Pinang, pada 1 October 2016 (Sabtu) yang lalu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina hubungan baik diantara IKRAMTeens Timur Laut dengan remaja setempat dan pada masa yang sama membina Sahsiah & Intelektual para remaja supaya mereka dapat menyumbang kebaikan kepada masyarakat sekeliling.


Seramai 24 remaja dari Flat 100 Taman Sri Pinang telah menyertai program ini. 13 orang daripadanya adalah remaja lelaki manakala baki 11 orang adalah remaja perempuan, dan bilangan Ahli Jawatankuasa IKRAMTeens Timur Laut yang terlibat adalah seramai 9 orang.

Antara pengisian yang terdapat dalam program ‘Running Teens’ pada kali ini ialah ‘Pecahkan Ais Itu’, Pengenalan IKRAMTeens’, ‘Radio Buruk Meletop’, ‘Guling–Guling Bola Beracun’, ‘Puzzle Nikmat’, ‘Pening Silang Kata’, dan ‘Bina Menara Impian’


Aktiviti ‘Pecahkan Ais Itu’ merupakan aktiviti ice breaking (memecahkan ais). Istilah ini sering dipakai dalam program dengan maksud menghilangkan ‘kebekuan’ di antara peserta dan fasilitator. Perbezaan status, usia, pekerjaan, dan sebagainya boleh mewujudkan jurang diantara peserta dengan fasilitator. Sehubungan itu, aktiviti ‘ice breaking’ ini dibuat supaya peserta – fasilitator saling mengenali dan dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.






Adalah diharapkan program pada kali ini dapat membantu para remaja dari aspek spiritual, fizikal, emosi dan intelektual. Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Flat 100 Taman Sri Pinang dan pihak atasan IKRAM Pulau Pinang cawangan Timur Laut, Dr Abdul Halim selaku Yang Dipertua IKRAM Timur Laut, dan tidak dilupakan barisan pengerak IKRAMTeens Timur Laut. Diharapkan usaha-usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling dan semoga Allah S.W.T membalas dan memberkati usaha kalian. Ameen. Sekian terima kasih.

Monday, October 10, 2016

Pada 18-19 Jun 2016 telah berlangsungnya satu program 3R (Remaja Raikan Ramadhan). Di peringkat negeri Pulau Pinang 3R dilaksanakan  di dua bahagian iaitu di Pulau dan di Seberang. Kehadiran peserta sangat menggalakkan. Antara aktiviti yang berlansung di dalam 3R ialah TV Al-Quran Channel, sudah kutemui cinta al-quran, tadarus al-quran, air mata Palastine, Tips kesihatan,qiamulai dan dan lain lagi. Selaras dengan matlamat ataupun manifestasi dari Ramadhan itu sendiri iaitu memperolehi taqwa, setiap aktiviti yang dirangka menjerumus kearah objektif tersebut melalui kaedah pendidikan yang santai dan tidak membebankan remaja disamping remaja itu merasai kesan didikan sebenar dari Ramadhan ini. Melalui program 3R ini juga,para peserta dilatih untuk menyantuni masyarakat dengan aktiviti mengedar bubur lambuk dan barang-barang keperluan rumah kepada masyarakat yang tidak berkemampuan. Justeru,Iktamteens sentiasa cakna dalam mendidik remaja supaya menjadi soleh dan musleh secara komprehensif agar generasi ini bakal menjadi generasi yang rabbani dan seterusnya bakal memimpin masyarakat kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.Ini roh baru dalam jasad ummat!!!