PROGRAM REMAJA SUPER SAYYA
Nama program : Super Sayya!
Tarikh : 28-29 Mac 2013
Tempat :Masjid Al-Mukhtar,Daerah Barat Daya
Bil.Peserta: 48 Peserta
(19
Lelaki, 29 Perempuan)
28 Mac 2013
Seperti yang
termaktub dalam tentatif program, alhamdulillah,segala pujian kepada-Nya Yang
Maha Esa, program berjalan dengan lancar.
PAGI
Pada jam 8.30 pagi para peserta melaporkan diri di
kaunter pendaftaran.Alhamdulillah,bilangan peserta hampir mencapai target
maksimum iaitu 48 peserta.Selepas pendaftaran,para peserta diberi sarapan Nasi
Lemak yang amat sedaap..! Yummy.Tepat jam 9.30 pagi,Abang Ard mulakan taaruf dan
perkenalkan siapakah IKRAMTeens? dan membuat ujian kepekaan peserta supaya
dapat memberikan fokus 100% sepanjang program.Para fasilitator juga tidak
ketinggalan untuk memperkenalkan diri masing-masing yang sangat bersemangat
untuk membantu adik-adik peserta Super Sayya untuk menjayakan program ini.
Seterusnya,kami terus mulakan slot pertama Pecahkan
Ais!.Slot ini merupakan slot taaruf bersama para peserta supaya peserta selesa
dan dapat berkenal-kenalan sesame peserta.Setiap kumpulan diberikan segulung
benang.Benang perlu digulung seorang demi seorang sambil bertaaruf dengan ahli
kumpulan masing-masing.Selesai slot taaruf,para fasi mengajarkan lagu tema
untuk Progam Super Sayya iaitu Hai Sahabat(izzatul islam) serta pergerakan
animasi lagu tersebut.Para peserta amat bersemangat untuk menyanyikan lagu
tersebut serta menganimasikan lagu Hai Sahabat.Lagu tema ini perlu dinyanyikan
sebelum slot bermula sepanjang program.
Kami teruskan dengan slot Indahnya DhuhaMu.Dalam
slot ini peserta diberikan rehat selama 15 minit dan perlu melakukan solat
Dhuha.Program diserikan lagi dengan slot team building yang dikendalikan oleh abang
Harith dan abang chik.Dalam slot ini, kami berikan satu biji roti dan peserta
perlu makan dan share bersama agar semua peserta dapat merasakan roti itu
walaupun kuantiti roti hanya sedikit.Objektif dari game ini ialah ingin memupuk
rasa kasih sayang sesama rakan-rakan dan membina ukhuwah bersama kawan-kawan
walaupun tidak pernah kenal.Selain itu,setiap kumpulan diberikan satu kertas
mahjong dan satu botol air.Setiap kumpulan perlu menaikkan botol air
menggunakan kertas mahjong dalam keadaan yang terbentang.Perkara yang sama
dilakukan semula tetapi dengan membuka penutup botol agar lebih mencabar.Setelah
selesai,peserta diminta berkongsi ibrah yang mereka dapat dari game yang
dilakukan.tepat jam 1 tengahari,peserta dan fasi diberikan masa ISOMA(istirehat,solat,makan).
PETANG
Slot petang disambung pada jam 2.30 petang dengan
slot yang disampaikan oleh Ustazah Najihah(smka al-irshad) mengenai slot
ikhtilat.Slot ini merupakan slot ceramah.peserta perlu mendengar dan bertanya
soalan jika tidak faham.Bahan-bahan mengenai Al-Ikhtilat disediakan oleh Ustaz
Alias Othman.
Pada jam 4.30 petang,peserta diberikan masa untuk
rehat dan bersiap diri untuk solat Asar.Seusai solat Asar,peserta dan fasi
membaca Al-Mathurat beramai-ramai.Seterusnya slot Kami remaja Qawiy diadakan.Slot
ini merupakan slot riadah.Peserta lelaki jalankan riadah dalam dewan manakala
peseta perempuan adakan di padang masjid.Slot ini dikendalikan oleh fasilitator
sendiri.Peserta perempuan jalankan senaman dan game di padang masjid.Peserta
lelaki pula melakukan Senaman RJ(Ruhul Jadid) yang sangat –sangat memenatkan
tetapi mantap..Biasalah,barulah boleh jadi remaja Qawiy!! Hampir 30-40 minit
senaman berlansung.Semua peserta amat tertarik dengan senaman RJ.moga
benar-benar menjadi remaja yang Qawiy.Sesudah itu,peserta lelaki bermain satu
game yang diberi nama “Selimut”.Game ini bertujuan untuk memastikan sama ada
peserta sudah mengenali sahabat-sahabat baru mereka atau belum.Mereka perlu
menyebut nama/sekolah sahabat-sahabat mereka. Permainan tamat pada jam 6.30
petang dan peserta diberi masa untuk ISOMA.
MALAM
Aktitviti pada waktu malam bermula selepas
solat Maghrib secara jemaah iaitu tadarus Al-quran sehingga solat Isyak. Slot malam bemula pada jam 9.30 malam yang
dikendalikan oleh Abang Naim mengenai cirri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad
Al-Fateh.tujuan slot ini dipilih agar dapat memupuk serta menanam cirri-ciri kepimpinan
dalam diri setiap peserta agar mereka dapat memimpin diri dan rakan mereka
apabila balik ke sekolah masing-masing nanti. Seterusnya,slot disambung oleh
abang chik iaitu slot “andai ku tahu!”.Dalam slot ini,abang chik menekankan 3
point utama iaitu Detik kematian,gambaran balasan neraka dan tuntutan
taubat.slot diakhiri dengan beristighfar dan berdoa beramai-ramai.Tepat jam
11.30 malam,peserta membaca surah Al-mulk beramai-ramai dan diberi ruang untuk
rehat dan malam.Para peserta bereda ke bilik tidur.
29 Mac 2013
Pagi
Sauh diangkat pada jam 4.30
pagi.Para peserta bersiap untuk Qiamulail secara berjemaah yang dipimpin oleh
Ustaz Manis.Jam 5 pagi Qiamulail dimulakan.Didahului dengan Solat
Tahajjud,Solat Taubat,solat Hajat dan diakhiri dengan solat Witir.Sesudah
itu,Solat Subuh secara berjemaah.Diteruskan lagi dengan kuliah Subuh “Menuju
Syurga” oleh ustaz Manis.
15 minit selepas itu,para
fasilitator meneruskan dengan Tadabbur Al-Quran sesetengah ayat surah Al-Fajr
dan perbincangan mengenai Al-Ikhtilat.
Program diteruskan dengan
senaman Tai Chi di dalam dewan.Senaman yang ringkas tapi amat baik jika selalu
diamalkan.memang Ohsem lah.Senaman sehingga jam 8.30 pagi.Kemudian,peserta
diberi ISOMA sehingga jam 9 pagi.
Sebelum slot bermula,peserta
diminta untuk menyanyikan lagu tema dengan bersemangat untuk kerana slot
seterusnya perlu semangat pemuda yang berkobar-kobar kerana cita-cita kita
untuk membebaskan Al-Aqsa.Slot akhir ini ialah slot istimewa iaitu
Palestin:Kemenangan semakin Hampir yang disampaikan oleh seorang anak muda
berusia 18 tahun,Ibrahim Adham Mohd Khalil yang merupakan juga graduan
Madrasatul Hayah Ikram(MHI 12/13) yang telah ke Gaza bersama Aqsa Syarif misi
AQSA2GAZA13 ER.Saudara Ibrahim sangat bersemangat untuk memberi perkongsian dan
sanggup berkorban masa untuk datang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.Dalam
slot ini,saudara Ibrahim berikan pengisian mengenai isu Palestin dan beri
perkongsian mengenai misi AQSA2GAZA13.Selain itu,saudara Ibrahim menekankan
kepentingan Boikot product yang menyumbang kepada Israel terutamanya
McD,Nestle,Loreal dan Coca-Cola.
Setelah selesai semua
slot,kesimpulan daripada slot-slot dan program Super Sayya diberikan oleh abang
Zul dan Abang Chik(Muhammad Ammar) selaku pengarah program Super Sayya juga
memberi sedikit ucapan kepada peserta dan memohon maaf jika terdapat kekurangan
sepanjang program dijalankan.Seterusnya,majlis penutup diadakan sebelum program
tamat.Perasmian penutup dilakukan oleh kak Latifah Bee(kak Lat) selaku Jk
IkramTeens Pulau Pinang dan memberi hadiah kepada semua kumpulan kerana
memenagi anugerah kumpulan paling ceria,bersemangat,kebersihan,aktif,terbaik
dan sporting.Dalam ucapannya,beliau berharap agar semua peserta dapat
aplikasikan ilmu yang dapat dari program ini dan seru kepada peserta agar
menjadi ahli kelab remaja IKRAMTeens dan mengikuti program-program yang
dianjurkan oleh IKRAMTeens Pulau Pinang. Sebelum bersurai,peserta dan fasi
berkemas barang dan bergotong-royong membersihkan tempat yang telah diguna.