Monday, January 16, 2012

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang

Daurah Remaja IKRAMTeens Pulau Pinang
Pusat Aktiviti IKRAM SPU, Sg Dua
15 Januari 2012
"Apa Erti Saya Menganut Islam"

Pertama sekali, dipanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi diatas keberkatannya di dalam menjayakan program julung kali daurah remaja untuk tahun 2012. Program ini merupakan program sulung 2012 IKRAMTeens Penang dalam menyantuni remaja-remaja khususnya di Pulau Pinang. Program ini dirangka khusus daripada bahagian tarbiyah (Pengkaderan) IKRAMTeens Pulau Pinang di dalam aspek pentarbiyahan remaja. Program-program daurah remaja akan dirangka pada setiap bulan dan aktiviti-aktiviti di dalamnya sesuai bagi peringkat remaja.

Apa Erti Saya Menganut Islam merupakan tajuk untuk daurah remaja bagi memberi pemahaman kepada remaja dalam menganuti Islam yang sebenar. Alhamdulillah penyampainya Ustaz Khairul membentangkan tajuk ini dalam bentuk yang santai. program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Seramai 43 orang peserta terdiri daripada 16 lelaki dan 27 perempuan (target asal 40 orang) mengikut daurah ini dan seramai 30 orang ahli baru berdaftar sebagai ahli IKRAMTeens Pulau Pinang. Berikut antara gambar-gambar semasa program Daurah Remaja IKRAMTeens:















3 comments:

  1. Subhanallah :D
    Tahniah krn telah berjaya mengadakan program ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    mcm mn cara nk join ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam wbt..inshaaAllah,mulan e-farouq boleh like fb page ikramteens pulau pinang.semua aktiviti terdekat akan dipaparkan di dalam page ikramteens pulau pinang.
      tq for ur question.. :)

      Delete