Wednesday, July 17, 2013

Program Remaja Rai Ramadhan (3R)

Remaja Rai Ramadhan
Masjid Al Mukhtar, Balik Pulau, Pulau Pinang
13 & 14 Julai 2013


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana melancarkan perjalanan Program Remaja Rai Ramadhan 2013 di Masjid Daerah Balik Pulau. Seramai 70 orang peserta dari seluruh Pulau Pinang menghadiri program ini. Seramai 16 orang ajk dan fasilitator dari IPT (IPGM PP, GMI, UiTM) bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Pagi (Sabtu)
Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8.30 pagi. Pada pukul 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan perasmian daripada wakil Pejabat Agama Daerah Barat Daya iaitu Ustaz Che Asri sebagai penolong pentadbir agama. Taklimat program disampaikan oleh kak latifah bee. Slot pertama iaitu Ice Breaking dikendalikan oleh abg ard. Dimulakan dengan aktiviti ujian fokus kepada peserta untuk menguji tahap fokus peserta.











Program diteruskan dengan slot Salam Ramadhan I yang disampaikan oleh abg Zul dan abg Chaq. Slot yang menerangkan hebatnya nikmat di dalam bulan ramadhan, persedian mental dan fizikal dalam mengharungi keindahan di bulan ramadhan. slot salam ramadhan berhenti seketika untuk peserta menunaikan solat sunat dhuha dan sambung kembali dengan slot Salam Ramadhan II.




Petang
Selepas menunaikan solat zohor, Slot Syria & Palestin menyentuh hati adik-adik peserta 3R. slot ini disampaikan oleh abg atai yang merupakan salah seorang aktivis Aqsa Syarif dan pernah mengikuti misi bantuan ke Gaza pada tahun 2012. Maklumat terkini dan tepat mengenai keadaan umat Islam di Syria dan Palestin disampaikan terus kepada peserta dengan gambaran video-video kekejaman askar Syria. Ramai peserta yang sedih dan tidak mampu melihat  video kekejaman terhadap rakyat Syria. Kemudian, aktiviti berkumpulan dijalankan dimana peserta berkumpulan ditugaskan untuk menghasilkan poster-poster mengenai Syria dan Palestin.


Selepas solat asar, slot Kanji Taqwa dimana para peserta mengedar bubur lambuk ke masyarakat di sekitar masjid. Antara tempat yang diedarkan bubur lambuk iaitu taman seri genting, kg titi teras dan Ibu Pejabat Daerag Barat Daya.








Malam
Selepas solat terawih yang imami oleh Imam dari Palestin, peserta program 3R mengadakan karnival Syria dan Palestin di dewan surau. Markah diberikan kepada kumpulan yang kreatif dalam menghasilkan poster dan juga cara penyampaian.
















Pagi (Ahad)
Program bermula dengan qiamullai pada pukul 5.00 pagi. Selepas bersahur dan menunaikan solat subuh, peserta berkumpul di dalam dewan untuk bersama membaca al Mathurat. Slot pertama pagi ahad ialah Menuju Taqwa Xplorerace. Sebanyak 5 checkpoint yang perlu ditempuhi oleh para peserta. Antara checkpoint yang terlibat ialah pecah kod, hafazan surah al fajr, tokoh dalam al quran dan lain-lain. Selesai xplorerace, program diteruskan dengan slot Forum Ramadhan Dari Seberang. Forum ini diacara oleh sifu Aiman yang merupakan mahasiswa IPGM Pulau Pinang dan juga pernah menuntut di UK. Antara panel-panel yang terlibat, Abg Mujahid (USA), abg Azran (Australia), kak Ateeqah  (USA) dan kak khansa' (Mesir). Pelbagai pengalaman menarik semasa semasa menuntut pelajaran di sana dikongsikan kepada adik-adik peserta 3R.


Program Remaja Rai Ramadhan berakhir dengan majlis penutupan yang kendalikan sendiri oleh adik-adik peserta 3R. Majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Tuah selaku JK Kebajikan IKRAM Barat Daya.








No comments:

Post a Comment