Nama Program : Ramadhan
TUNGGU CHEQ MAI
Tarikh :
28 Jun 2014
Anjuran : IKRAMTeens & Surau Taman Ilmu
Kehadiran
Peserta : 27 Orang
Laporan
perjalanan program:
Para
peserta tiba seawal jam 4.00 petang bermula dengan sesi pendaftaran peserta.
Setelah itu, para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penerangan dan
tayangan berkenaan IKRAMteens. Sebelum meneruskan aktiviti berikutnya, para
peserta dan AJK program menunaikan solat asar berjemaah di surau bersama-sama
penduduk Taman Ilmu. Selepas itu, para peserta dipecahkan kepada beberapa
kumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan untuk
sesi ‘taaruf’ sesama ahli kumpulan sebelum memulakan explorace. Selepas
tayangan dan taklimat, para peserta dikumpulkan diluar surau untuk melakukan
games “Naga air” yang akan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
diberikan 2 batang coklat Vochelle. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan
ketua kumpulan diberikan coklat. Satu daripada coklat yang dibuka plastiknya
untuk dipegang oleh ketua kumpulan masing-masing, manakala satu batang coklat
lagi dipegang oleh ahli kumpulan yang berada dibelakang sekali. Setiap ketua
kumpulan dikehendaki mencalit coklat kepada kumpulan lawan serta berusaha untuk
merampas coklat yang berada pada ahli kumpulan lain. Permainan ini berjalan
selama 20 minit. Pada pukul 5.45 petang, para peserta diberikan peta perjalanan
untuk bergerak. Setiap ‘check point’ adalah berbeza-beza bagi setiap kumpulan. Setiap
kumpulan perlu menyelesaikan ‘crossword’ yg diberikan dan petunjuk atau clue
untuk menyelesaikan crossword ini akan diberikan disetiap check point. Terdapat
lima ‘check point’ yang mempunyai tugas yang berbeza-beza. Antaranya, tadarus
quran berkumpulan, hiasan rumah, mencipta video ramadhan, lagu ramadhan dan
edaran kurma serta risalah ramadhan. Setiap aktiviti mempunyai motif yang
tersendiri untuk disampaikan kepada para peserta, dan setiap aktiviti ini
adalah pendedahan awal kepada para peserta untuk membut persiapan menghadapi
ramadhan yang bakal tiba.
Checkpoint yang pertama adalah
tadarus quran. Setiap peserta dikehendaki membaca satu ayat quran dari surah Al-Baqarah ayat 180-185. Tajwid
dan terjemahan dibetulkan dan disampaikan agar semua peserta jelas dan faham
ayat tersebut. Checkpoint kedua adalah edaran kurma dan risalah ramadhan. Para
peserta diberikan beberapa peket kurma dan risalah untuk edaran kepada penduduk
Taman Ilmu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para peserta
berkomunikasi dengan orang ramai disamping menyampaikan maklumat kelebihan
bulan Ramadhan yang penuh berkah. Selain itu, peserta juga dapat membina
keyakinan diri dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya,
check point keempat dan kelima adalah aktiviti mencipta video ramadhan dan lagu
ramadhan. Video dan lagu ramadhan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat
peserta dan melihat kreativiti peserta. Mereka juga dapat belajar berkerjasama
dan saling bertukar pandangan sesama ahli kumpulan. Setelah selesai explorace,
para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penutup. En. Azhar telah
menyampaikan sesi pengulungan serta memberi maklumat dan penekanan tentang
ramadhan kepada para peserta. Pemenang explorace diumumkan pada penghujung program.
Semua peserta dibekalkan dengan makanan sebagai bekalan pulang. Aktiviti tamat
pada jam 7.30 petang.