Wednesday, August 6, 2014

Program Ramadhan..Tunggu Cheq Mai (Daerah SPS)

Nama Program          : Ramadhan TUNGGU CHEQ MAI
Tarikh                        : 28 Jun 2014
Anjuran                     : IKRAMTeens & Surau Taman Ilmu
Kehadiran Peserta    : 27 Orang

Laporan perjalanan program:

            Para peserta tiba seawal jam 4.00 petang bermula dengan sesi pendaftaran peserta. Setelah itu, para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penerangan dan tayangan berkenaan IKRAMteens. Sebelum meneruskan aktiviti berikutnya, para peserta dan AJK program menunaikan solat asar berjemaah di surau bersama-sama penduduk Taman Ilmu. Selepas itu, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan untuk sesi ‘taaruf’ sesama ahli kumpulan sebelum memulakan explorace. Selepas tayangan dan taklimat, para peserta dikumpulkan diluar surau untuk melakukan games “Naga air” yang akan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan 2 batang coklat Vochelle. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan ketua kumpulan diberikan coklat. Satu daripada coklat yang dibuka plastiknya untuk dipegang oleh ketua kumpulan masing-masing, manakala satu batang coklat lagi dipegang oleh ahli kumpulan yang berada dibelakang sekali. Setiap ketua kumpulan dikehendaki mencalit coklat kepada kumpulan lawan serta berusaha untuk merampas coklat yang berada pada ahli kumpulan lain. Permainan ini berjalan selama 20 minit. Pada pukul 5.45 petang, para peserta diberikan peta perjalanan untuk bergerak. Setiap ‘check point’ adalah berbeza-beza bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan ‘crossword’ yg diberikan dan petunjuk atau clue untuk menyelesaikan crossword ini akan diberikan disetiap check point. Terdapat lima ‘check point’ yang mempunyai tugas yang berbeza-beza. Antaranya, tadarus quran berkumpulan, hiasan rumah, mencipta video ramadhan, lagu ramadhan dan edaran kurma serta risalah ramadhan. Setiap aktiviti mempunyai motif yang tersendiri untuk disampaikan kepada para peserta, dan setiap aktiviti ini adalah pendedahan awal kepada para peserta untuk membut persiapan menghadapi ramadhan yang bakal tiba.

Checkpoint yang pertama adalah tadarus quran. Setiap peserta dikehendaki membaca satu ayat  quran dari surah Al-Baqarah ayat 180-185. Tajwid dan terjemahan dibetulkan dan disampaikan agar semua peserta jelas dan faham ayat tersebut. Checkpoint kedua adalah edaran kurma dan risalah ramadhan. Para peserta diberikan beberapa peket kurma dan risalah untuk edaran kepada penduduk Taman Ilmu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para peserta berkomunikasi dengan orang ramai disamping menyampaikan maklumat kelebihan bulan Ramadhan yang penuh berkah. Selain itu, peserta juga dapat membina keyakinan diri dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, check point keempat dan kelima adalah aktiviti mencipta video ramadhan dan lagu ramadhan. Video dan lagu ramadhan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dan melihat kreativiti peserta. Mereka juga dapat belajar berkerjasama dan saling bertukar pandangan sesama ahli kumpulan. Setelah selesai explorace, para peserta dikumpulkan di dalam surau untuk sesi penutup. En. Azhar telah menyampaikan sesi pengulungan serta memberi maklumat dan penekanan tentang ramadhan kepada para peserta. Pemenang explorace diumumkan pada penghujung program. Semua peserta dibekalkan dengan makanan sebagai bekalan pulang. Aktiviti tamat pada jam 7.30 petang.


No comments:

Post a Comment