Thursday, November 6, 2014

Seminar Pecutan Akhir

Pada 28 September 2014 yang lalu, IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan satu seminar dengan tajuk "pecutan akhir". Seminar ini telah diadakan di Pejabat Hidayah Centre Pulau Pinang, dengan kehadiran seramai 15 orang peserta. Seminar ini memfokuskan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014. IKRAMTeens telah menjemput Dr Aidi Ahmad, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia di dalam bidang farmasi, untuk memberikan input-input menarik dan tips-tips belajar agar perjalanan dan persiapan mereka untuk menghadapi SPM yang bakal menjelang tiba.


No comments:

Post a Comment