Thursday, April 30, 2015

Hiking with Iman-Ikramteens Daerah SPT

Pada 26 Apr 2015 yang lalu Ikramteens daerah SPT telah mengajurkan aktiviti riadah santai yang bertajuk "Hiking with Iman". Aktiviti ini dihadiri oleh seramai 21 orang peserta yang diadakan di Hutan Lipur Cherok Tok Kun. Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung seperti ukhuwwah game, tadabbur al-quran dan mendaki bukit di Cherok Tok Kun. Semoga aktiviti riadah seperti ini mampu menjadikan remaja kita sihat & kuat juga tidak mensia-siakan aktiviti hujung minggu mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Seandainya aku lakukan demikian dan demikian.’ Akan tetapi hendaklah kau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Kerana perkataan kalau (seandainya) dapat membuka pintu syaithon.” (HR. Muslim)
Senaman memanaskan badan sebelum mendaki








Aktiviti mendaki dimukan





















Ukhuwwah Game









Berjaya Mendaki









Pengisian tadabbur al-quran oleh Bro Ajwad

No comments:

Post a Comment