Thursday, October 13, 2016

RUNNING TEENS (IKRAMTeens TIMUR LAUT)

Remaja merupakan cerminan masa depan bagi sebuah negara. Seperti kata-kata yang dipetik dari Saidina Ali R.A:

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Sehubungan itu, IKRAMTeens Timur Laut telah mengambil insiatif mengadakan program Running Teens khusus untuk para remaja. Program ini telah dijayakan di Flat 100 Taman Sri Pinang, pada 1 October 2016 (Sabtu) yang lalu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina hubungan baik diantara IKRAMTeens Timur Laut dengan remaja setempat dan pada masa yang sama membina Sahsiah & Intelektual para remaja supaya mereka dapat menyumbang kebaikan kepada masyarakat sekeliling.


Seramai 24 remaja dari Flat 100 Taman Sri Pinang telah menyertai program ini. 13 orang daripadanya adalah remaja lelaki manakala baki 11 orang adalah remaja perempuan, dan bilangan Ahli Jawatankuasa IKRAMTeens Timur Laut yang terlibat adalah seramai 9 orang.

Antara pengisian yang terdapat dalam program ‘Running Teens’ pada kali ini ialah ‘Pecahkan Ais Itu’, Pengenalan IKRAMTeens’, ‘Radio Buruk Meletop’, ‘Guling–Guling Bola Beracun’, ‘Puzzle Nikmat’, ‘Pening Silang Kata’, dan ‘Bina Menara Impian’


Aktiviti ‘Pecahkan Ais Itu’ merupakan aktiviti ice breaking (memecahkan ais). Istilah ini sering dipakai dalam program dengan maksud menghilangkan ‘kebekuan’ di antara peserta dan fasilitator. Perbezaan status, usia, pekerjaan, dan sebagainya boleh mewujudkan jurang diantara peserta dengan fasilitator. Sehubungan itu, aktiviti ‘ice breaking’ ini dibuat supaya peserta – fasilitator saling mengenali dan dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.






Adalah diharapkan program pada kali ini dapat membantu para remaja dari aspek spiritual, fizikal, emosi dan intelektual. Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Flat 100 Taman Sri Pinang dan pihak atasan IKRAM Pulau Pinang cawangan Timur Laut, Dr Abdul Halim selaku Yang Dipertua IKRAM Timur Laut, dan tidak dilupakan barisan pengerak IKRAMTeens Timur Laut. Diharapkan usaha-usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling dan semoga Allah S.W.T membalas dan memberkati usaha kalian. Ameen. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment